Kedah, Perak berentap di Bukit Jalil, 27 Julai

KUALA LUMPUR – Penyokong Perak dan Kedah bakal memenuhi Bukit Jalil pada 27 Julai ini apabila Stadium Nasional dipilih sebagai gelanggang perlawanan akhir bola sepak Piala FA 2019.

Sebanyak 80,000 tiket dikeluarkan untuk perlawanan tersebut – 78,000 tiket dewasa dan 2,000 tiket kanak-kanak). Ia akan dijual secara dalam talian, selain ejen jualan yang sah.



Agihan tiket setiap pasukan adalah 30,000 tiket dewasa (RM50) dan 750 tiket kanak-kanak bawah 12 tahun (RM5).

Bagi penjualan online di tickethotline sebanyak 18,000 keping tiket dewasa dan 500 keping tiket kanak-kanak. Maklumat akhir adalah tertakluk kepada pindaan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).




Menurut Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), kaedah penjualan tiket di negeri masing-masing akan dimaklumkan sejurus mesyuarat Jawatankuasa Tiket dan Pintu Masuk badan itu dalam masa terdekat.

Mesyuarat berkenaan akan turut melibatkan agensi lain seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Jawatankuasa Integriti KFA. – UTUSAN