Pemain Colombia diugut angkara penalti

BOGOTA: Pemain Colombia William Tesillo memberitahu media tempatan yang dia diancam menerusi media sosial selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika penentuan penalti Copa America dengan Chile minggu lalu yang menamatkan kempen Colombia di kejohanan itu.


Isteri Tesillo Daniela Mejia hujung minggu lalu memuat naik tangkap layar laman mesej di laman Instagramnya yang mendoakan suaminya tidak ditimpa nasib sama seperti Andres Escobar, pemain Colombia yang ditembak mati selepas menjaringkan gol sendiri ketika Piala Dunia 1994.

“Mereka menulis kepada isteri saya dan dia memuatnaiknya. Mereka juga menulis kepada saya,” kata pertahanan berusia 29 tahun itu.




Polis Colombia sedang menyiasat ancaman terhadap pemain berkenaan dan keluarganya, tetapi belum membuka siasatan rasmi kerana Tesillo belum membuat aduan.

“Saya harap mereka faham ia hanyalah bola sepak,” kata bapa Tesillo merujuk kepada mereka yang menulis ancaman berkenaan. – REUTERS