Rashford setuju kontrak empat tahun di United

Image result for Marcus Rashford

LONDON: Marcus Rashford meneruskan komitmen jangka panjang terhadap Manchester United hari ini dengan bersetuju menandatangani kontrak empat tahun dengan pilihan untuk menyambungnya selepas itu.


Kontrak pemain berusia 21 tahun itu sebelum ini akan tamat pada 2020 dan penyerang England itu menarik minat pasukan handalan Eropah termasuk Barcelona.

Bagaimanapun United dilaporkan bersetuju untuk menawarkan kontrak mahal bernilai £250,000 (RM1.3 juta) seminggu bagi memastikan Rashford kekal di Old Trafford.




Rashford sudah menjaringkan 45 gol dalam 170 penampilan sejak mula menyertai pasukan utama United pada usia 18 tahun.

“Manchester United memiliki semuanya dalam hidup saya sejak saya mula tiba di sini pada usia tujuh tahun. Kelab ini membentuk saya, sebagai pemain dan individu, jadi adalah satu penghormatan jika saya berpeluang memakai jersi ini,” kata Rashford.

Rashford diberikan peranan lebih banyak sejak Ole Gunnar Solskjaer menggantikan Jose Mourinho sebagai pengurus pada Disember. – AFP