Pochettino hanya mahu Real Madrid bukan Man United

MAURICIO Pochettino akan menolak tawaran Manchester United dan hanya akan meninggalkan Totttenham sekiranya mendapat tugasan Real Madrid, menurut Harry Redknapp.

Pengurus dari Argentina itu berterusan dikaitkan untuk berhijrah berikutan krisis melanda kelab itu tetapi Redknapp, bekas bos Spurs memikirkan hanya satu tempat saja Poch akan pergi.


Sejak September 24, Spurs sudah melepaskan 10 gol dalam dua perlawanan ketika tewas 7-2 dan 3-0 kepada Bayern Munich dan Brighton.

Skuad utara London itu turut tersingkir daripada Piala Liga Inggeris selepas kalah kepada kelab kerdil Liga Kedua Colchester.




Bagaimanapun, Redknapp yakin pemain berusia 47 tahun itu akan terus bersama kelab itu biarpun menjadi pilihan bookie untuk mengisi kerusi panas Red Devils.

Dia memberitahu: “Sebagai pengurus, saya belajar daripada pengurus hebat iaitu Alec Stock.

“Dia berkata anda perlu menukar pemain setiap beberapa tahun atau mereka akan mengubah diri anda.




“Mesej sama setiap tahun menjadi basi. Anda hanya boleh mengatakan perkara sama banyak kali.

“Mungkin empat atau lima tahun, Pochettino memerlukan permulaan yang lebih menyegarkan.

“Dia pengurus hebat tetapi mungkin masa sudah tiba untuk menukarnya”.

“Apapun, saya tidak merasakan dia akan pergi. Tidak kecuali tugasan Real Madrid datang kepadanya.

“Saya pasti apabila perkara itu terjadi, ia akan menjadi kerja bagus buat dirinya.