JDT Ucapkan Selamat Tinggal Kepada Stadium Larkin

Perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Selangor semalam merupakan perlawanan terakhir JDT di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin kerana mereka bakal beraksi di Stadium baharu yang terletak di Gelang Patah, Johor pada musim depan.



Bagaimanapun, JDT meninggalkan stadium tersebut dengan pencapaian yang cukup hebat sejak tahun 2013 apabila merangkul 13 piala, 75 perlawanan ‘home’ tanpa kalah serta meraih kejuaraan Liga Super sebanyak 6 kali berturut-turut.

Melihat kepada transformasi stadium ini, ia adalah bukti betapa DYAM Tunku Mahkota Ismail begitu komited dalam membangunkan bola sepak Johor. Daripada sebuah stadium usang, kini ianya sudah menjadi stadium bola sepak moden dengan penjagaan padang yang cukup rapi.




Stadium Sultan Ibrahim
GAMBAR STADIUM BAHARU JDT PADA MAJLIS PEMBUKAAN RASMI NANTI. GRAFIK: JST

Stadium Larkin juga telah menganjurkan kejohanan AFC Champions League buat pertama kali dalam sejarah pada tahun ini dan pastinya akan dikenang selama-lamanya oleh peminat Harimau Selatan.