Kelibat Matdon di pusat latihan Johor Darul Ta’zim?

Image result for LIRIDON JDT

Bekas pemain Kedah, Liridon Krasniqi atau lebih dikenali sebagai Matdon dikatakan berada di Johor Bahru dan berlatih di pusat latihan Johor Darul Ta’zim (JDT).


Perkara itu menjadi viral sejak dikongsikan oleh beberapa akaun media sosial.

Bukan sahaja turun berlatih di pusat latihan milik JDT malah Matdon turut menyarung persalinan lengkap training kit skuad Harimau Selatan ketika latihan tersebut.

View image on Twitter





Januari lalu, Liridon Krasniqi dilaporkan menandatangani kontrak bersama pasukan Melaka United, selama satu musim selepas pasukan lamanya, Kedah membuat keputusan tidak mahu memperbaharui kontraknya pada musim ini.

Bagaimanapun, penampilan Matdon dalam kesebelasan utama skuad Hang Tuah tidak begitu kerap ekoran kecederaan yang menimpanya. Beliau terpaksa berehat panjang selain daripada mengikuti sesi pemulihan di luar negara.

Dengan kelibatnya di kem JDT ketika ini, Liridon Krasniqi bagaikan ‘sebelah kaki’ sebelum diperkenalkan sebagai pemain skuad Harimau Selatan.

Seandainya menjadi kenyataan, JDT juga memperolehi kelebihan memandangkan Matdon turut menjadi pemain yang akan dinaturalisasikan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sekaligus tidak mengganggu kuota lima pemain import pasukannya. – Foxsport