VIDEO Dua gol Oxlade-Chamberlain bantu Liverpool belasah Genk

GENK, Belgium: Jurgen Klopp bangga dengan pemain tengahnya Alex Oxlade-Chamberlain yang memanfaatkan peluang beraksi dalam kesebelasan utama dengan menjaringkan dua gol dalam kemenangan 4-1 Liverpool ke atas Genk di Belgium.


Bintang England itu, yang terlepas hampir kesemua perlawanan musim lalu akibat kecederaan dan hanya diturunkan beberapa kali musim ini, membuka jaringan seawal minit kedua di Luminus Arena dan menambah jaringan pada minit ke-57.

Sadio Mane dan Mohamed Salah masing-masing menjaringkan satu gol sebelum Stephen Odey merapatkan jurang untuk Genk.

“Saat yang cukup baik untuknya. Persembahan Ox cukup baik untuk pasukan – gol-golnya hebat tetapi sudut-sudut lain
Ini adalah kemenangan kedua Liverpool dalam saingan Kumpulan E Liga Juara-Juara musim ini sejak memulakan kempen mempertahankan kejuaraan dengan kekalahan 2-0 di tangan Napoli.




Mereka kini hanya satu mata di belakang pendahulu, Napoli.

Ia juga kemenangan di tempat lawan dalam saingan ini yang dinanti-nantikan Klopp selepas hanya menang sekali dalam tujuh kunjungan ke gelanggang lawan sebelum perlawanan ini.

Mereka bagaimanapun memenangi kejuaraan ini musim lalu tanpa mengutip sebarang mata di tempat lawan pada peringkat kumpulan.

Satu lagi kemenangan Liverpool apabila kedua-dua pasukan ini bertemu di Anfield bulan depan akan meletakkan mereka semakin hampir kepada saingan kalah mati. – AFP