Kuota Pasukan Dalam Saingan AFC Champions League Ditambah Kepada 40 Pasukan Mulai Musim 2021

image-1-1-1024×576

Pertambahan 8 lagi pasukan dalam kejohanan kelab bola sepak paling berprestij dan elit di Asia ini bakal menjadikan jumlah keseluruhan pasukan bertanding kepada 40 buah kelab berbanding 32 pasukan ketika ini.

Menurut kenyataan ini lagi, setiap bahagian (Asia Timur dan Asia Barat) akan ditambah 1 lagi kumpulan yang mempunyai 4 buah pasukan. Ini bermakna setiap bahagian akan mempunyai 5 buah kumpulan dengan 20 buah pasukan pada musim 2021 nanti.


Apa yang lebih menarik, pihak AFC juga menyebut bahawa pertambahan pasukan itu nanti tidak akan menjejaskan slot sedia ada yang dimiliki oleh 6 pasukan teratas setiap bahagian – Asia Barat dan Asia Timur.

Malaysia masih mempunyai slot automatik ke peringkat kumpulan AFC Champions League 2020 dan bagi slot untuk musim seterusnya masih lagi tidak dapat dipastikan.

Dalam kedudukan AFC MA ranking semasa, Malaysia menghuni tangga ke 9 Asia Timur selepas dipintas oleh Filipina, Korea Utara dan Vietnam. Untuk lebih jelas berkenaan kedudukan AFC MA ranking Asia Timur ini, sila rujuk jadual dibawah;




Screenshot 2019-10-26 at 7.13.36 PM

Kedudukan Filipina ditempat ke 6 bakal dipintas oleh Korea Utara jika pasukan April 25 mampu menang keatas kelab Al Ahed dari Lebanon dalam perlawanan akhir AFC Cup 2019 yang akan dilangsungkan di Stadium KLFA Cheras pada 4 November nanti. – VocketFC