Afiq Fazail antara muka baru yang dipanggil Tan Cheng Hoe

No photo description available.

Bukan satu, bukan dua, tapi tujuh pemain baru dipanggil oleh ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe untuk mengikuti kem latihan pusat skuad kebangsaan menjelang perlawanan antarabangsa pada bulan November nanti.


Seramai 26 orang pemain telah dipanggil untuk menyertai skuad Harimau Malaya. Empat pemain yang berada dalam skuad Malaysia untuk perlawanan pada bulan lalu telah digugurkan iaitu, Hafizul Hakim (Perak), Irfan Zakaria (Kuala Lumpur), Akram Mahinan (PKNS) dan Halim Saari (Selangor).

Lima pemain baru telah dipanggil oleh Tan Cheng Hoe iaitu dua pemain JDT, Afiq Fazail dan Syazwan Andik serta tiga pemain Kedah iaitu Baddrol Bakhtiar, Farhan Roslan dan penjaga gol, Ifwat Akmal. Turut dipanggil semula adalah pemain tengah Pahang, Nor Azam Azih serta pemain Perak, Shahrel Fikri yang terpaksa digugurkan sebelum ini kerana kecederaan.




Senarai 26 Pemain Ke Kem Latihan Pusat Harimau Malaya Menjelang Aksi Bertemu Tajikistan, Thailand & Indonesia

Tan Cheng Hoe telah memanggil 7 pemain baharu antaranya Afiq Fazail & Baddrol Bakhtiar.

Enam pemain telah diletakkan dalam senarai bersedia jika berlaku sebarang kecederaan kepada mana-mana pemain. Mereka adalah Irfan Zakaria (Kuala Lumpur), Akram Mahinan (PKNS), Haziq Nadzli (JDT), Rizal Ghazali (Kedah), J. Partiban (Perak) dan Jafri Firdaus Chew (PKNS).




Kesemua pemain akan mula melaporkan diri pada hari Ahad ini (3 November) kecuali pemain-pemain yang akan beraksi di perlawanan akhir Piala Malaysia yang hanya akan melaporkan diri pada hari Isnin (4 November).

Malaysia akan beraksi tiga perlawanan pada bulan November nanti. Skuad kebangsaan akan berdepan Tajikistan dalam aksi persahabatan pada 9 November sebelum menerima kunjungan Thailand (14 November) dan Indonesia (19 November) untuk aksi peringkat kumpulan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil. – FAM/Foxsport