Buriram United Terpaksa Terima Hakikat Beraksi Dipusingan Kelayakan ‘Play-Off’ AFC Champions League 2020

75328850_2501364893316771_5552972854905012224_n (1)

Buriram United terpaksa menelan hakikat bahawa mereka akan beraksi dalam pusingan kelayakan play-off kejohanan AFC Champions League musim 2020 selepas gagal muncul sebagai juara Thai League 1 2019.


Juara baharu Thai League 1, Chiangrai United mendapat slot automatik ke peringkat kumpulan kejohanan kelab bola sepak paling elit di Asia itu selepas mengetepikan Buriram United berdasarkan peraturan head-to-head.

Kedua-dua pasukan itu mencatat bilangan kemenangan, seri dan kalah yang sama dan 2 keputusan dalam perlawanan liga sebelum ini lebih memihak kepada Chiangrai United;




1) Chiangrai United 4-0 Buriram United
2) Buriram United 0-0 Chiangrai United

Apa yang lebih menarik adalah Chiangrai United berjaya memecahkan dominasi 2 pasukan – Muangthong United dan Buriram United, untuk muncul sebagai juara baru dalam tempoh 11 tahun.

Ini adalah satu pencapaian yang amat mengagumkan kerana Chiangrai United hanya ditubuhkan kira-kira 10 tahun lalu.




Bagi Buriram United pula, walaupun terpaksa melalui pusingan kelayakan play-off AFC Champions League, mereka yang dijangka tidak akan menghadapi masalah besar untuk melangkah ke pusingan seterusnya apabila akan bertemu wakil dari Vietnam iaitu Ho Chi Minh City FC.

Malaysia mempunyai 1 wakil dalam pusingan kelayakan AFC Champions League 2020 iaitu pasukan Kedah yang akan menerima kunjungan pasukan dari Taiwan. VocketFC