16.67 Mata FIFA Ranking Bakal Menjadi Milik Malaysia Jika Tumpaskan Thailand

Pertemuan Malaysia dan Thailand dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 malam ini bukan sahaja memberikan impak besar kepada kedudukan kedua-dua pasukan dalam kumpulan G, namun turut mempunyai magnitud yang besar dari perspektif FIFA ranking.


Malaysia memiliki merit yang lebih besar sekiranya berjaya menumpaskan pasukan bimbingan Akira Nishino malam esok, hampir sekali ganda berbanding merit yang diterima oleh Thailand sekiranya mampu mencatatkan kemenangan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Berikut adalah impak pergerakan mata FIFA ranking pasukan Malaysia berdasarkan keputusan perlawanan malam esok;

1.Malaysia menang keatas Thailand

Jika pasukan Malaysia menang, kita akan memperolehi +16.67 mata FIFA ranking, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 1,028.86 mata.
2. Malaysia seri bertemu Thailand




Sekiranya perlawanan esok berakhir dengan keputusan seri, Malaysia akan memperolehi +4.17 mata, menjadikan kutipan keseluruhan kepada 1,016.36 mata.

3. Malaysia tewas kepada Thailand

Namun, jika Malaysia tewas (mohon dijauhkan) kepada Thailand, kita akan kehilangan -8.33 mata FIFA ranking yang menjadikan jumlah pungutan keseluruhan kepada 1,003.86 mata.

Ini sebenarnya peluang besar kepada Malaysia untuk menambah mata FIFA ranking selain fokus utama pasukan untuk mengutip 3 mata penuh untuk meneruskan perjalanan untuk layak secara automatik ke Piala Asia 2023. – VocketFC