Maradona ditawarkan jawatan ketua jurulatih Pahang

Bekas pengendali skuad kebangsaan Argentina, Diego Maradona dikhabarkan ditawarkan jawatan ketua jurulatih pasukan Liga Super, Pahang.



Perkara tersebut didedahkan oleh seorang wartawan dari Mexico, Cesar Luis Merlo menerusi satu hantaran di lama sosial Instagramnya.

“Diego menerima tawaran berjumlah jutaan dolar bagi tempoh enam bulan daripada Pahang dari Malaysia bagaimanapun dia membuat keputusan untuk kekal bersama pasukan Gimnasia y Esgrima La Plata (GELP).” tulisnya di Instagram dua hari lalu.




Beberapa hari lalu, media melaporkan Diego Maradona meletak jawatan selaku pengendali pasukan berpengkalan di Argentina tersebut.

Difahamkan Pahang telah melakukan tawaran kepada Maradona ketika tempoh beliau mengumumkan pengunduran daripada kelab GELP tersebut.

Bagaimanapun, satu laporan terbaru daripada Daily Mail mengatakan Maradona kembali untuk mengemudi kelab berpenkalan di Argentina tersebut dua hari selepas mengumumkan pengundurannya sekaligus menolak tawaran bernilai daripada skuad Tok Gajah. – foxsport