Dennis Bekking ganti Teong Kim, Saad Ichalalene Pengarah Teknikal baharu PPBN

Image result for Dennis Bekking
Dennis Bekking

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melantik bekas pengarah Akademi Twente FC, Dennis Bekking sebagai Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) yang baharu.

Selain Dennis, beberapa jawatan lain turut dilantik yang menyaksikan Abdifitaah Mohamed Hassan dipilih selaku Ketua Pencarian Bakat dan Methodologi Kejurulatihan sementara Aminuddin Hussain sebagai Ketua Pembangunan Remaja.



Sementara itu bekas Ketua Jurulatih Akademi Bola Sepak Remaja Paris Saint Germain (PSG), Saad Ichalalene, dilantik sebagai Pengarah Teknikal Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) berkuat kuasa 1 Disember ini.

Menurut KBS pemilihan Saad dibuat berdasarkan pengalamannya selain menjadi tulang belakang yang merancang program latihan PPBN.




Image result for Saad Ichalalene
Saad Ichalalene

Saad bertanggungjawab sepenuhnya ke atas program PPBN termasuk Akademi Mokhtar Dahari (AMD), sebaik mengambil alih tugas itu yang sebelum ini dipegang oleh Lim Tiong Kim.

Saad memulakan kerjayanya sebagai Ketua Jurulatih Akademi Bola Sepak Remaja PSG bermula tahun 2012 hingga 2016 dan pernah menyertai pasukan bola sepak pasukan itu sebagai pemain profesional sebelum itu.

Beliau juga pernah mewakili skuad kebangsaan Algeria pada 2005 dan 2006.