Lang Merah umum senarai pemain, Ikat Sherman, Tchetche dan Hadin

KEDAH sah mengikat dua penyerang, Kpah Sherman dan Kipre Tchetche bagi mempertajamkan jentera serangan skuad Lang Merah untuk aksi Liga Malaysia musim 2020.

Pengumuman dibuat oleh Naib Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Anas Hafiz Mustaffa pada sidang media pasukan Liga Super Kedah 2020 di Stadium Darul Aman, Alor Setar, hari ini.


“Pemilihan dua pemain ini pada musim depan adalah penting kerana kita mahu bersaing di peringkat tertinggi Asia iaitu Liga Juara-Juara AFC.

“Jadi kita memerlukan gandingan penyerang terbaik kerana Kpah Sherman merupakan penjaring terbanyak Liga Super 2019 bersama PKNS FC manakala Kipre pula penjaring terbanyak Liga Super 2018 bersama Terengganu FC.

“Jadi jika kita gabungkan kedua-dua pemain terbaik ini dalam pasukan Kedah, mungkin kejayaan lebih besar boleh kita cipta pada musim 2020 nanti.




“Ciri-ciri pemain atau penyerang seperti itulah dicari oleh jurulatih Aidil Sharin yang bertepatan dengan taktikal yang mahu dibawanya dan kita mengharapkan resepi itu menjadi untuk tahun depan.”

Bekas ayam tambatan Felda United, Hadin Azman juga antara pemain baru yang diikat Kedah musim depan.

Kedah adalah juara Piala FA dan finalis Piala Malaysia musim ini.

Difahamkan Aidil sedang mencari pemain untuk melengkapkan kuota pemain import.

Kedah juga sedang mengadakan perbincangan bersama Qatar Airways berkaitan penajaan.

Berikut senarai terkini pemain Kedah Musim 2020