Euro 2020: Portugal, Jerman dan Perancis huni kumpulan maut

Image result for euro 2020 draw

BUCHAREST: Juara bertahan, Portugal dan juara Piala Dunia, Perancis dan Jerman diundi dalam satu kumpulan di pusingan akhir Euro 2020 sekali gus menyaksikan pengendali Jerman, Joachim Loew mengganggap mereka menghuni kumpulan maut.


England pula diundi bersama Croatia yang menyaksikan ulangan ketika separuh akhir Piala Dunia 2018 manakala pasukan pilihan lain seperti Itali menghuni kelompok mudah yang julung kali mempertemukan 24 negara di 12 buah bandaraya utama seluruh Eropah.

Kumpulan F yang dihuni Perancis, Portugal dan Jerman akan memulakan saingan di Munich dan Budapest bersama satu pasukan terakhir – pemenang aksi playof dari Kumpulan A atau D.

Bagaimanapun, perubahan format kali ini menyaksikan empat daripada enam pemenang tangga ketiga kumpulan diberi peluang mara ke peringkat 16 terbaik.

Keputusan UEFA memberi peluang kepada pasukan itu menyaksikan juara bertahan Portugal kini diletak sebagai pilihan ketiga manakala Perancis antara pasukan pilihan kedua.

“Ini adalah kumpulan maut,” kata Loew yang akan menyaksikan anak buahnya beraksi tiga perlawanan di Jerman.

“Jangkaan sangat tinggi. Ini adalah cabaran sangat besar untuk pemain muda kami tapi ia juga memberi motivasi tinggi kepada mereka.”

England dan Croatia, yang berentap dalam Liga Kebangsaan sejak Croatia berjaya mengatasi England 2-1 di Moscow tahun lalu, menghuni Kumpulan D bersama Republik Czech dan juara playof Kumpulan C – sama ada Scotland, Norway, Serbia atau Israel.

Juara Kumpulan D akan berdepan pemenang kedua Kumpulan F di peringkat 16 terbaik manakala pemenang di tangga kedua kumpulan itu akan bertandang ke Copenhagen untuk berdepan pemenang tangga kedua Kumpulan E – iaitu saingan yang dijangka lebih mudah.




Kumpulan D akan berarung di London dan Glasgow yang juga gelanggang bagi aksi separuh akhir dan final.

Itali yang memang semua 10 aksi kelayakan diundi bersama Turki, Wales dan Switzerland dalam Kumpulan A yang akan beraksi di Rome dan Baku.

“Kami memiliki sedikit kelebihan bemain di gelanggang sendiri. Mungkin ada yang beranggapan kami adalah pasukan pilihan tapi kami perlu buktikan semuanya di atas padang nanti,” kata pengendali Itali, Roberto Mancini.

Juara Euro 2008 dan 2012, Sepanyol pula menghuni Kumpulan E bersama Sweden, Poland dan pemenang playof Kumpulan B sama ada Bosnia, Slovakia, Ireland atau Ireland Utara.

Pencabar Belgium dalam Kumpulan B terdiri Denmark, Russia dan Finland yang membuat penampilan pertama di pentas Eropah dan Piala Dunia.




Belanda yang terlepas ke Piala Dunia diundi dalam Kumpulan C bersama Ukraine, Austria dan pemenang playof Kumpulan A atau D dan mereka bersaing di Amsterdam dan Bucharest.

Menurut peraturan undian itu, semua negara tuan rumah yang menjuarai saingan peringkat kumpulan akan memulakan saingan di gelanggang sendiri dan mereka awal-awal sudah diasingkan.

“Peraturannya jelas, ia diterima semua pihak,” kata Timbalan Setiausaha Agung UEFA, Giorgio Marchetti.

“Portugal diletakkan dalam Kumpulan F kerana mereka gagal muncul juara Kumpulan sebaliknya ia dimenangi oleh Ukraine.

“Ukraine, diasingkan ke kumpulan pertama dan semua pihak menerimanya dan peraturan undian amat jelas.”

Euro 2020 akan bermula pada pertengahan Jun tahun depan. – Reuters