UAE pecat Van Marwijk

PARIS: Emiriah Arab Bersatu (UAE) memecat jurulatih dari Belanda, Bert van Marwijk selepas sembilan bulan menggalas tugas berkenaan.

Pengendali berusia 67 tahun yang membantu Belanda mara ke final Piala Dunia 2010 mula mengambil alih tugas mengendali pasukan kebangsaan UAE, Mac lalu.




Pemecatan berkenaan berpunca selepas UAE tewas 2-4 di tangan Qatar dalam saingan Piala Teluk, kelmarin. Dia mengambil alih tugas bersama pasukan berkenaan selepas pengendali dari Itali, Alberto Zaccheroni – yang turut mengangkat kaki selepas tewas kepada Qatar dalam separuh akhir Piala Asia 2019.

Van Marwijk juga pernah mengemudi Australia di Piala Dunia 2018.

Malaysia akan menentang UAE di Dubai pada 26 Mac 2020 nanti dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022.