Rodrygo ‘goyang’ jumpa Zidane

MADRID: Sensasi muda Real Madrid, Rodrygo mendedahkan dia terlalu gemuruh ketika bertemu ketua jurulatih, Zinedine Zidane sehingga dirinya menggigil.


Pemain berusia 18 tahun menyertai Los Blancos dari kelab Brazil, Santos pada musim panas lalu dan sudah menampilkan impak positif di Bernabeu apabila meledak beberapa gol dalam saingan domestik selain tiga dalam kancah Liga Juara-Juara.

Begitupun, dia mengakui ketika bertemu secara berdepan dengan jurulatih yang memenangi tiga gelaran berturut-turut Liga Juara-Juara, Zidane dia tidak berupaya mengawal dirinya.




“Ketika saya bertemu Zidane, saya mula menggigil,” kata Rodrygo. “Saya gemar untuk menonton video mengenainya ketika dia masih bergelar pemain dan kini dia adalah jurulatih saya. Ia sesuatu yang gila. Saya gembira untuk bertemunya tetapi saya amat gemuruh.”

Rodrygo dalam pada itu dia dapat menyesuaikan diri dengan pantas kehidupan di Sepanyol yang menyaksikannya mendapat gelaran ‘Neymar berikutnya.’

Malah dia juga memberi petunjuk bersedia untuk menghabiskan keseluruhan kariernya di Bernabeu jika segala-galanya berjalan seperti yang dirancang.