VIDEO 4 gol dalam 10 minit bantu United benam Alkmaar

The 18-year-old was quickly congratulated by his team-mates after his brilliant goal in front of the Stretford End

LONDON: Pemain remaja Mason Greenwood tidak mensia-sia peluang apabila meledak dua gol ketika Manchester United menewaskan AZ Alkmaar 4-0 dalam saingan Liga Europa, awal pagi tadi.



Pertembungan di Old Trafford itu, yang menjadi persaingan bagi pemburuan kedudukan teratas Kumpulan L, Alkmaar berupaya menangani aksi United yang membariskan ramai pemain muda apabila babak pertama berakhir tanpa sebarang jaringan.

Begitupun, gawang kelab dari Belanda itu akhirnya bocor pada minit ke-53 menerusi pemain veteran, Ashley Young sebelum Greenwood meledak gol pertamanya lima minit berselang.




Selepas kekasaran terhadap Greenwood di kawasan penalti, tuan rumah menambah kelebihan apabila Juan Mata menyempurnakan penalti pada minit ke-62.

Dua minit kemudian, giliran pemain veteran Sepanyol itu menyediakan umpanan buat Greenwood bagi melengkapkan jumlah jaringan United.

Dua gol yang dijaringkan Greenwood turut menjadikannya pemain termuda United meledak dua gol dalam saingan elit Eropah di usia 18 tahun, 17 hari. – AFP