Belgium Pasukan Terbaik Tahunan FIFA 2019

PARIS: Belgium dimahkotakan selaku Pasukan Terbaik Tahunan FIFA untuk kali kedua berturut-turut selepas mengekalkan kedudukan teratas di depan juara dunia, Perancis dalam ranking dunia diumumkan hari ini, kata badan induk dunia itu.



Belgium, yang menamatkan saingan di tangga ketiga Piala Dunia di Russia tahun lalu menang semua 10 perlawanan kompetitif pada 2019.

England naik satu anak tangga ke kedudukan keempat di bawah Brazil manakala Uruguay kelima.

Argentina (kesembilan) dan Colombia (10) menyertai 10 teratas tahun ini menggantikan Switzerland (12) dan Denmark (16).




Qatar, yang akan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022, menjadi pasukan naik paling banyak tahun ini apabila mereka memenangi Piala Asia AFC, mendaki 38 tempat ke kedudukan ke-55 selepas mengumpul 138 mata.

Algeria (35) naik 32 tempat manakala Jepun (28) mendaki 22 tempat tahun ini. – Reuters