Connect with us

Brendan Gan

Brendan harap tuah nombor jersi 88

Published

on

MUNGKIN tidak keterlaluan jika dikatakan Selangor cukup beruntung apabila berjaya membawa masuk tonggak berprofil tinggi Harimau Malaya, Brendan Gan bagi mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Selepas dua musim menabur bakti di Perak, Brendan yang juga pemain berdarah kacukan Malaysia-Australia membuat keputusan untuk menyertai Gergasi Merah.


Sebaik sahaja diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain skuad Selangor 2020 semalam, Brendan mula melaungkan keazaman untuk menjulang Selangor ke puncak kemasyhuran sebagaimana yang pernah dikecapi sebelum ini.

Sambil menganggap Selangor sebagai sebuah pasukan yang mempunyai sejarah gemilang dalam arena bola sepak tanah air, Brendan berkata, dia menyahut cabaran menyertai Selangor kerana mahu mencipta lebih banyak kejayaan selepas menghadirkan impak positif ketika mewakili The Bos Gaurus.

“Seperti mana kita semua tahu, Selangor sememangnya sebuah pasukan yang sudah lama memiliki sejarah kejuaraan tersendiri dalam bola sepak negara ini. Jadi saya mahu menjadi sebahagian daripada sejarah yang mampu mencipta kejuaraan bersama Selangor.

Advertisement

“Saya berharap nombor (jersi) 88 yang saya pakai nanti akan membawa tuah untuk mengembalikan kegemilangan semula pasukan ini dalam penampilan pertama saya bersama Red Giants,” katanya.




Ketika ditanya sama ada dia akan menggunakan pengaruhnya memujuk seorang lagi tonggak Harimau Malaya, Mohamadou Sumareh bagi memperkuatkan cabaran Selangor, Brendan secara berseloroh menjawab: “Para pemain Selangor yang ada sudah cukup untuk mantap mencabar mana-mana trofi kejuaraan.”

Sebelum ini, kalangan pemerhati terutamanya peminat bola sepak tempatan rancak memperkatakan tentang Sumareh yang disebut-sebut bakal menyarung jersi Selangor musim depan.

Begitupun, Ketua Jurulatih Selangor, B Sathianathan awal-awal lagi pantas menafikan khabar angin tersebut sambil memberitahu, berita seumpama itu sengaja ditimbulkan bagi tujuan sensasi semata-mata.

Advertisement

“Saya sebagai jurulatih tidak ada mendengar bahawa Selangor akan membawa masuk pemain itu (Sumareh). Saya tidak tahulah jika ada jurulatih Selangor selain daripada saya yang membuat kenyataan tentang perpindahannya (ke Selangor),” jelasnya.



Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Brendan Gan

Brendan Gan nafi gaji dipotong akibat kanser

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Ketika ramai penyokong membuat andaian Selangor FC sebagai pasukan yang didakwa memotong gaji pemainnya kerana menghidap kanser namun perkara itu dinafikan tonggak tengahnya, Brendan Gan.

Brendan menerusi akaun Twitter miliknya menepis tuduhan itu sambil menegaskan pasukan itu selaku majikannya sentiasa mematuhi kontrak yang sudah ditandatangani.




“Saya sudah melihat dan membaca mengenai apa yang diperkatakan di media sosial dan saya lihat perkara ini boleh ditakrifkan dalam pelbagai cara.

“Tetapi saya mahu menjelaskan bahawa Selangor mematuhi kontrak 2021 saya sepenuhnya.

“Ayuh fokus untuk perlawanan penting pada malam ini dan menyokong barisan pemain untuk membawa pulang tiga mata,” kata pemain tengah kebangsaan.





Malah, Selangor FC turut mengeluarkan satu kenyataan rasmi dan memaklumkan pihaknya sentiasa mematuhi setiap peruntukan yang sudah ditetapkan dalam kontrak pemain.
Advertisement

“Hari ini Selangor FC banyak menerima pertanyaan berkenaan status pemain kami yang sedang melawan kanser.

“Di sini kami ingin menjelaskan bahawa pihak kelab sudah memenuhi semua kewajipan seperti yang dipersetujui di dalam kontrak dari awal hingga hari ini dan kami akan terus melakukannya sehingga tamat mana-mana kontrak sedia ada.





“Untuk sebarang urusan kontrak masa hadapan, adalah sedia maklum bahawa pengaturan baharu akan dibuat atas persetujuan bersama.

“Di Selangor FC, kami sentiasa memberikan sokongan yang terbaik dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan semua pemain kami. Kita kalah bersama, kita menang bersama,” katanya.



Advertisement
Continue Reading

Brendan Gan

Brendan Gan hidap kanser testis

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Selangor FC (SFC) mengesahkan ketua pasukan mereka, Brendan Gan menghidap kanser testis.

Dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebook rasmi kelab, SFC menjelaskan pemain tengah berusia 33 tahun itu sudah berjaya menjalani pembedahan dan kini dalam pemantauan pakar perubatan.



“Walaupun diuji, Brendan tetap optimis dan kuat. Semoga kita semua dapat terus mendoakan kesihatan dan memberikan privasi kepada beliau sepanjang tempoh pemulihannya.

“Brendan tekad untuk kembali pulih secepat mungkin dan tidak sabar untuk kembali semula bersama pasukan.





“Seluruh warga SFC mendoakan agar Brendan cepat sembuh dan memohon semua penyokong untuk mendoakan yang terbaik buat beliau,” kata kenyataan SFC.



Brendan mula menyertai Selangor pada musim lalu selepas mewakili beberapa pasukan Liga Malaysia (Liga M) sebelum in termasuk Perak dan Kelantan.

Advertisement



Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY