ASEAN Club Championship 2020: Thailand hantar juara Thai League 1 & Piala Liga

Tahun depan, Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) bakal mengadakan sebuah pertandingan antarabangsa di antara kelab-kelab bola sepak asia tenggara. Kejohanan itu dinamakan Asean Club Championship (ACC) 2020.



Kejohanan tersebut akan menghimpunkan 12 kelab terbaik yang mempunyai AFC Club License di rantau asia tenggara bersaing untuk merebut hadiah utama berupa wang ringgit berjumlah 400 dolar Amerika Syarikat selain daripada trofi kemenangan.

Menurut perkongsian oleh laman sosial @ThaiFootballs, Persatuan Bolasepak Thailand (FAT) telah membuat keputusan untuk menghantar juara Thai League 1, Chiangrai United dan juara Toyota League Cup 2019, PT Prachuap bagi bertanding dalam kejohanan sulung tersebut.




Sepak mula saingan ACC 2020 akan bermula pada bulan mei dan tamat pada bulan november. Malaysia, Thailand, Vietnam dan Indonesia diberikan dua slot manakala Myanmar dan Singapura masing-masing mendapat 1 slot. Dua pasukan lagi akan ditentukan menerusi perlawanan play-off di antara negara-negara ASEAN yang lain.

Setakat ini, tiada sebarang pengumuman daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tentang pasukan manakah yang akan dihantar untuk bersaing dalam kejohanan tersebut.

Untuk rekod, dalam 3 pertandingan utama Liga Malaysia pada musim 2019, Liga Super Malaysia dan Piala Malaysia dimenangi oleh Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) manakala saingan Piala FA pula dimenangi oleh Kedah.

Naib juara liga jatuh kepada Pahang manakala Perak meraih kedudukan sebagai naib juara Piala FA. Kedah pula merupakan naib juara Piala Malaysia.