Connect with us

Liga Malaysia

Kalau kena bayar pampasan, lebih baik tubuhkan akademi sendiri – Sathianathan

Published

on

“Garis panduan pembayaran ditetapkan FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa) adalah untuk perpindahan pemain pembangunan membabitkan sesama Persatuan Bolasepak Negeri dan bukannya untuk projek kerajaan,” demikian tegas Pengendali Selangor, B.Sathianathan.


Kenyataan Sathianathan itu adalah sebagai reaksi balas kepada tindakan Majlis Sukan Negara (MSN) mengenakan bayaran berbentuk pampasan kepada pasukan-pasukan Liga Malaysia yang berminat mendapatkan pemain lepasan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) bermula tahun depan.

Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail pada Ahad lalu menjelaskan ia solusi yang difikirkan adil demi memastikan AMD mempunyai dana tambahan bagi merangka lebih banyak program pembangunan bolasepak akar umbi selain menambah beberapa keperluan di akademi itu.

Menurut Sathianathan MSN tiada asas untuk meminta pampasan apatah lagi mereka bukan persatuan bolasepak negeri yang terikat di bawah peraturan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) malah mereka membangunkan pemain dengan menggunakan duit kerajaan.

“AMD itu tempat yang disediakan oleh kerajaan buat remaja yang mempunyai potensi mewakili Malaysia dan memberi sumbangan kepada negara suatu hari nanti.




“MSN perlu sedar mereka bukan pihak swasta yang membuat keuntungan, ataupun persatuan bola sepak negeri yang terikat di bawah peraturan FIFA sebaliknya entiti kerajaan bagi membangunkan sukan di negara ini.

Advertisement

“Dana yang disalurkan kepada AMD juga datangnya daripada peruntukan kerajaan duit hasil pembayar cukai dan digunakan bagi melahirkan dan membantu pembangunan bola sepak Malaysia. Jadi apa asas nak bayar pampasan, kalau begitu syarikat-syarikat di Malaysia ini perlu membayar kepada sekolah atau universiti yang telah melahirkan graduan yang kini telah bekerja dengan mereka. Fungsi sekolah itu adalah memberikan pendidikan kepada rakyat di negara ini, begitu juga dengan fungsi MSN dalam bidang sukan.

“Jika mahu buat keuntungan, jadikan MSN badan swasta dan diseragamkan mengikut peraturan FIFA. Kalau ada mana-mana pasukan atau kelab terpaksa mengeluarkan puluhan ribu ringgit bagi mendapatkan khidmat pemain AMD, lebih baik mereka tubuhkan akademi sendiri,” kata Sathianathan dipetik dari Sinar Harian Online.

Sebagai rekod, Selangor adalah antara pasukan yang akan merekrut pelatih AMD dalam jumlah yang besar bagi memperkuatkan skuad ‘feeder team’ mereka Selangor II dan juga skuad Piala Presiden bagi musim 2020 sebelum diserap ke skuad utama seandainya menunjukkan prestasi yang bagus.- foxsport



Advertisement
Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

FAM

FAM sedang perhalusi penggunaan VAR

Published

on

By

Kuala Lumpur: Penggunaan video bantuan pengadil (VAR) sememangnya sedang diperhalusi untuk digunakan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Menurut Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk S Sivasundaram, badan induk bola sepak tempatan itu sentiasa bersedia untuk meningkatkan kualiti dan mutu liga tempatan khususnya dengan penggunaan VAR.



Katanya, FAM sedang mengkaji secara terperinci berkenaan VAR yang menelan belanja cukup tinggi sekitar RM18 juta ke RM20 juta.

Malah ujarnya, masalah pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika ini turut memberi kesan selain capaian internet yang laju di setiap venue perlu disediakan.

“VAR ini, memang kita buat kajian dan difahamkan kita perlukan RM18 juta ke RM20 juta untuk menggunakan teknologi ini.





“Oleh itu, kita nak tengok dari segi kemampuan kewangan kita pula sekarang masalah Covid-19 di negara kita.

“Selain itu, kita juga nak tengok keadaan internet di stadium-stadium yang akan menggunakan teknologi VAR. Semua itu masih dalam kajian kita,” katanya.





Kelmarin, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui sudah tiba masanya untuk saingan Liga M menggunakan VAR selepas prestasi buruk yang dipamerkan pengadil tempatan sepanjang musim ini.
Advertisement

Malah, dua negara jiran tetangga iaitu Thailand dan Indonesia dilaporkan sudah menggunakan sistem VAR dalam saingan liga masing-masing bagi mengelak sebarang keputusan kontroversi daripada pengadil perlawanan.



Continue Reading

Liga Malaysia

Penswastaan bola sepak Malaysia berpotensi gagal – Zamsaham

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Pemilik pasukan Kelantan FC, Norizam Tukiman mendakwa sistem penswastaan bola sepak di Malaysia berpotensi gagal.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Zamsaham berkata demikian menerusi satu ciapan ringkas yang dibuat di laman Facebooknya, hari ini.



“Saya rasa penswastaan bola sepak di Malaysia ini tidak teratur kerana banyak sebab. Saya dah laluinya, saya nampak akan potensi kegagalan penswastaan sistem bola sepak Malaysia. #Perjanjian.

“Apakah dan adakah tugas FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) dalam fasilitate penswastaan? Saya bukan nak duit FAM, saya lalui sendiri proses penswastaan dan saya tahu level mana mereka membantu,” tulisnya.





Menerusi satu lagi ciapan di Facebook sama, Norizam menjelaskan pihaknya sudah menyelesaikan sepenuhnya hutang pemain yang ada dalam perjanjian penswastaan.




“Alhamdulillah, semua hutang pemain yang ada dalam perjanjian penswastaan kelab oleh KAFA (Persatuan Bolasepak Kelantan) saya sudah bayar, 100 peratus selesai.

“Jika ada yang lain itu maksudnya KAFA yang gagal. KAFA kata minta dengan mereka. Bukan dengan saya,” jelasnya.



Advertisement
Continue Reading

Liga Malaysia

Perak tamatkan kontrak empat pemain import

Published

on

By

IPOH: Perak FC menamatkan kontrak empat pemain import, termasuk tiga pemain yang sempat beraksi untuk kelab itu hanya selama empat bulan.

Pengurus Besar Perak FC, Azman Noh berkata, pemain dari Lubnan iaitu Samir Ayass sudah meninggalkan kelab pada akhir bulan lalu manakala tiga lagi pemain iaitu Zoubairou Garba (Indonesia-Cameroon), Ghislain Guessan (Ivory Coast), dan Nana Poku (Ghana) bakal meninggalkan pasukan pada minggu ini.




Katanya, penamatan kontrak keempat-empat pemain ini dimuktamadkan selepas pihak pengurusan berbincang dengan barisan kejurulatihan dan mengambil kira pelbagai aspek sebelum keputusan itu diambil.

“Kontrak ditamatkan hasil persetujuan bersama dengan kedua belah pihak iaitu antara pemain berkenaan dan (pengurusan) kelab.





“Perak FC ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pemain terbabit yang sudah bersama pasukan biarpun kelab terpaksa berdepan dengan pelbagai konflik sebelum ini.
Advertisement

“Selamat maju jaya kepada mereka bersama kelab baharu (kelak),” katanya menerusi kenyataan media yang dikongsikan di Facebook kelab, malam ini.




Beliau berkata, susulan itu Perak bakal meneruskan saingan Piala Malaysia dengan baki pemain import sedia ada.

Ia termasuk Jad Noureddine (Lubnan), Charlie Machell (England), dan Sergio Aguero (Argentina) serta dibantu pemain muda dari skuad Perak FC II.



Advertisement
Continue Reading

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY