Liverpool dibenarkan pakai lencana Piala Dunia Kelab

LIVERPOOL sudah diberi kebenaran untuk memakai lencana pemenang Piala Dunia Kelab FIFA dalam Liga Perdana – tetapi hanya untuk satu perlawanan.



The Reds membuat permohonan kepada liga serta merta selepas menjulang trofi itu minggu lalu dengan menewaskan Flamengo 1-0 pada masa tambahan.

Menurut Daily Telegraph permohonan itu sudah berjaya, apabila kelab itu dibenarkan untuk menggunakan lambang itu ketika perlawanan berdepan Wolves di Anfield pada 29 Disember ini.




Mereka kini mengejar masa untuk memastikan lencana yang dibuat khusus itu siap pada masanya.

Ketika ini undang-undang menyatakan hanya mesej yang mempunyai makna positif boleh ditampal di jersi pada pertengahan musim Liga Perdana – apa sahaja selain itu perlu mendapat kelulusan penganjur liga.