Connect with us

Ong Kim Swee

Tiada kata putus antara FAM, Kim Swee

Published

on

KUALA LUMPUR: Sekali pun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih mengharapkan khidmat Datuk Ong Kim Swee dalam sistem bola sepak negara, belum ada sebarang kata putus dicapai membabitkan kedua-dua pihak.


Terbaharu, badan induk berkenaan dilaporkan sudah mengadakan perbincangan awal bersama jurulatih dari Melaka itu untuk mengetuai bahagian pembangunan belia.

Ketika ditanya mengenai cadangan FAM untuk meletakkan beliau di posisi pembangunan belia, Kim Swee mengakui sudah ada perbincangan awal dilakukan namun enggan mendahului badan induk berkenaan.

“Tiada apa lagi perkara baharu boleh saya kongsikan. Memang ada perbincangan dilakukan tetapi belum ada sebarang keputusan dibuat,” katanya ketika dihubungi.




FAM mengambil keputusan tidak melanjutkan kontrak Kim Swee sebagai pengendali skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara ekoran kegagalan melepasi peringkat kumpulan pada Sukan SEA di Filipina, baru-baru ini.

Advertisement

Sebelum ini, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam pernah memberikan bayangan yang Kim Swee akan terus menabur khidmat bersama badan induk itu.

Walaupun Kim Swee gagal mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) di Sukan SEA, FAM mengakui sumbangan jurulatih berkenaan dan pengalaman luas dalam pembangunan pemain muda boleh menjadi aset buat bola sepak negara.

Difahamkan kata putus mengenai kedudukan sebenar Kim Swee bersama badan induk itu akan ditentukan selewat-lewatnya Februari ini.




Advertisement
Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ong Kim Swee

Jiwa saya masih lagi di padang – Ong Kim Swee

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Masih memiliki jiwa yang kuat untuk berada di padang menjadi faktor utama Datuk Ong Kim Swee membuat keputusan melepaskan jawatan sebagai Pegawai Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mulai kelmarin.



Peletakan jawatan Kim Swee disahkan FAM dengan bekas pengendali skuad Harimau Malaya itu menerima tawaran sebagai ketua jurulatih Sabah FC yang baharu.

Bagi Kim Swee, beliau juga mahu mencabar diri sendiri untuk mendapatkan kejayaan bersama pasukan kelab pula selepas banyak mengecapi kejayaan dan pengalaman dalam skuad kebangsaan.

Mengakui bukan mudah untuk membuat keputusan itu, Kim Swee yang bakal mencecah usia 51 tahun pada 11 Disember ini, menjelaskan jawatan pegawai teknikal memberinya banyak pengalaman yang berguna walaupun kira-kira lapan bulan memikul tugas itu.





“Bagi saya kepuasan itu penting. Bukan saya tak dapat menjalankan tugas sebagai pengarah teknikal, jangan salah faham. Saya belajar banyak perkara dan pada masa yang sama seperti saya katakan, jiwa saya masih lagi di padang.

“Apabila mendapat tawaran dari Sabah dan selepas berbincang dengan pihak pengurusan serta mendengar visi mereka, saya tak fikir banyak. Malah, Sabah pun sebahagian dari saya juga dan isteri saya pun orang Sabah.

“Saya pun pernah bermain untuk Sabah dan pernah menjuarai liga dan Piala FA bersama Sabah. Jadi, saya harap dapat mengulangi pencapaian itu dengan pasukan Sabah,” katanya.





Kim Swee mengikat kontrak selama dua tahun bersama Sabah dan akan memulakan tugas secara rasmi pada 1 Oktober ini.
Advertisement

Beliau yang menghabiskan masa selama 14 tahun bersama FAM turut berterima kasih kepada FAM dan presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin.

“Bukan senang untuk saya buat keputusan ini. Bagi saya suka dan sedih pun ada sebab sudah lama bersama FAM. Tak banyak masalah yang saya lalui termasuk bersama empat presiden FAM dan lima setiausaha agung, semua memberikan kerjasama yang sangat baik,” katanya.

Kelmarin, Sabah FC turut mengumumkan pelantikan Kim Swee sebagai pembimbing baharu atas pengalaman luasnya di pelbagai peringkat bagi menggantikan Kurniawan Dwi Yulianto yang direhatkan pada 29 Ogos lalu, susulan kemerosotan prestasi pasukan dalam saingan Liga Super.



Advertisement
Continue Reading

Ong Kim Swee

Kim Swee calon terbaik jawatan pengarah teknikal FAM

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Ketua Unit Pembangunan Belia Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ong Kim Swee dilihat sebagai calon terbaik mengisi jawatan pengarah teknikal badan induk itu selepas kontrak penyandangnya, Peter de Roo berakhir hujung tahun ini.

Justeru, pemerhati bola sepak, Dr Zulakbal Abd Karim menggesa badan induk itu dapat mempertimbangkan supaya melantik bekas jurulatih skuad kebangsaan dan pasukan bawah 23 tahun (B-23) negara sekali gus membolehkan projek F:30 ‘berjalan terus’ dengan lancar.


Jelasnya, kedudukan Kim Swee sebagai individu yang sudah berada dalam sistem pasti memudahkan perancangan selepas ini apatah lagi dia sudah ‘masak’ dengan budaya kerja dan iklim bola sepak di negara ini.

“Kim Swee memang individu paling tepat kerana dia ketika ini pun memang sudah menjadi penolong pengarah teknikal FAM. Jadi dia boleh meneruskan apa yang sudah sedia ada bagi memastikan kesinambungan projek F:30 dan program bola sepak lain.

“Bukan tidak boleh ambil kepakaran luar tetapi untuk pembangunan dalam F:30, kita baru sahaja bermula dengan silibus baharu dan saya khuatir bila orang luar masuk, dia mungkin akan merombak sistem yang ada dan mengganggu perancangan yang sudah disusun.





“Memang bagus kalau FAM memberi kepercayaan kepada anak tempatan dan sudah tiba masanya kita beri peluang kepada anak tempatan menunjukkan kebolehan,” katanya.
Advertisement

Terdahulu, kontrak de Roo sebagai pengarah teknikal berakhir hujung tahun ini selepas pengendali dari Belanda itu membuat keputusan untuk tidak menyambung kontraknya selepas mula dilantik pada 2017.





Zulakbal yang juga Pensyarah Kanan Sains Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) turut mengakui satu kerugian sekiranya FAM tidak menggunakan khidmat Kim Swee selepas badan induk itu sendiri yang ‘menariknya’ untuk terbabit dalam bola sepak.

“FAM yang membentuk Kim Swee dengan memberikannya peluang bersama skuad kebangsaan dan skuad B-23. Jadi inilah masanya mereka memanfaatkan pengetahuan yang sudah diberikan kepada Kim Swee.

“Kalau FAM lantik orang luar, ini bermakna mereka sendiri tidak percaya pada bakat anak tempatan yang mereka besarkan,” katanya. Berita Harian



Advertisement
Continue Reading

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY