Tottenham hukum penyokong baling cawan

LONDON: Tottenham Hotspur sudah mengenalpasti dan mengharamkan penyokong yang membaling cawan air kepada penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga ketika kekalahan 2-0 di laman sendiri buat Spurs Ahad lalu, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu hari ini.




Ketika kelab itu ketinggalan dua gol, Kepa menjadi sasaran penyokong di belakang gol pada minit ke-65 dengan objek yang dibaling itu hanya sedikit daripada terkena penjaga gol Sepanyol itu ketika dia berjalan dalam kotak penalti.

“Kami mengesahkan sudah mengenalpasti dan mengeluarkan arahan segera mengharamkan penyokong yang bertanggungjawab membaling cawan air kepada penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga ketika saingan Liga Perdana Ahad lalu,” kata kelab itu.

“Kami akan terus mengenakan tindakan tegas terhadap sesiapa yang bertindak seperti itu.” – Reuters