Connect with us

Zlatan Ibrahimovic

Zlatan Ibrahimovic kembali ke AC Milan

Published

on

MILAN: Zlatan Ibrahimovic kembali ke AC Milan untuk cabaran terakhir dalam usahanya membuktikan yang dia masih pemain bertaraf bintang seperti didakwanya.


Penyerang 38 tahun Sweden itu menandatangani kontrak enam bulan dengan gergasi Itali yang sedang bergelut dalam saingan liga itu bagi membantu mereka musim ini.

“Saya kembali kepada kelab yang amat saya hormati dan kota Milan yang saya cintai,” kata Ibrahimovic.

“Saya akan berjuang dengan rakan sepasukan untuk menukar haluan musim ini. Saya akan lakukan apa yang saja untuk merealisasikannya.”

Ibrahimovic bukan nama asing dalam saingan Serie A selepas beraksi untuk tiga kelab Itali sebelum ini.

Advertisement

Dia menyertai Juventus pada tahun 2004, berpindah ke Inter Milan selepas skandal mengatur perlawanan pada tahun 2006, dan kemudian tiba di AC Milan pada tahun 2010 secara pinjaman sebelum ditandatangani kelab itu.




Dalam 85 perlawanan untuk AC Milan sepanjang dua musim, Ibrahimovic meledak 56 gol.

Salah sebuah kelab paling berjaya di dunia itu bagaimanapun kini menduduki tangga ke-11 liga, hanya tujuh mata di atas zon penyingkiran.

Masalah utama hadir di bahagian serangan di mana mereka hanya mencatat 16 gol dalam 17 perlawanan.

Ibrahimovic meninggalkan LA Galaxy bulan lalu selepas dua tahun bersama kelab Amerika Syarikat di mana dia menjaringkan 52 gol dalam 56 perlawanan.

Advertisement

Kata-kata terakhirnya kepada penyokong LA Galaxy: “Sekarang kembali kepada besbol.” – AFP




Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Zlatan Ibrahimovic

Ibrahimovic berdepan penggantungan 3 tahun?

Published

on

By

LONDON: Zlatan Ibrahimovic berada dalam bahaya digantung tiga tahun daripada bola sepak, hukuman yang mungkin memaksanya bersara lebih awal.

Penyerang Sweden dan AC Milan itu berdepan masalah besar apabila melabur dalam syarikat pertaruhan berpangkalan di Malta, menurut laporan akhbar Sweden, Aftonbladet.



Ibrahimovic yang genap 40 tahun pada 3 Oktober ini, memiliki 10 peratus saham dalam Bethard, sebuah syarikat perjudian di Malta menerusi Unknown AB.

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan badan bola sepak Eropah, UEFA tidak membenarkan pemain menyertai pertaruhan atau memiliki kepentingan kewangan dalam mana-mana syarikat perjudian.

Akhbar Britain, The Sun mendakwa etika FIFA menyatakan sesiapa yang melanggar peraturan akan didenda dan berdepan larangan daripada semua aktiviti berkaitan dengan bola sepak dengan hukuman maksimum tiga tahun.

Laporan asal juga memperincikan bahawa Persatuan Bola Sepak Sweden (SvFF) telah mengetahui masalah ini sejak tiga tahun dan itulah sebabnya mengapa penyerang bertaraf dunia tersebut tidak dipanggil pada Piala Dunia 2018.





Ibrahimovic bersara daripada bola sepak antarabangsa pada 2016 sebelum membuat kejutan kembali ke pangkuan skuad kebangsaan Sweden pada kempen kelayakan Piala Dunia 2022, bulan lalu.
Advertisement

Walaupun semakin meningkat usia, dia pencetak gol yang sangat berkesan. Dalam 25 penampilan untuk AC Milan musim ini, Ibrahimovic telah meledak 17 gol.

Ibrahimovic diumumkan sebagai duta dan pemilik bersama Bethard buat kali pertama pada 2018.

“Saya jelas telah digoda secara intensif oleh syarikat pertaruhan sepanjang karier saya, tetapi sampai sekarang saya belum diberi perhatian kepada apa pun yang datang menggoda.





“Dengan Bethard, ada sesuatu yang berbeza. Ia syarikat yang mempunyai akar umbi Sweden, pengasasnya berasal dari kampung halaman saya dan mereka pencabar sejati yang benar-benar ingin melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza,” kata Ibrahimovic ketika itu.

Sementara itu, setiausaha agung SvFFm Hakan Sjjstrand awal minggu ini menegaskan, dia enggan membuat spekulasi mengenai sekatan yang mungkin dikenakan terhadap Ibrahimovic.

“Bagaimanapun sudah tentu ada beberapa perkara yang kabur dalam peraturan FIFA dan ia ditafsir dengan cara berbeza,” ujarnya.

Advertisement

Ibrahimovic masih berharap untuk beraksi dalam Kejohanan Eropah (Euro) 2020 yang bermula 11 Jun.



Continue Reading

Zlatan Ibrahimovic

Tugu Zlatan Ibrahimović Dirosakkan Penyokong Malmo

Published

on

By

Tugu Zlatan dirosakkan dengan kakinya dipotong dengan gergaji oleh ultras Malmo yang geram dan marah.


Ini bukan pertama kali tugu ini cuba dirosakkan. Sebelum ini ada yang telah merosakkan bahagian hidung pada tugu Zlatan.

Kerosakan itu diketahui oleh pengawal keselamatan pada pukul 3.30 pagi, Ahad. Di sana juga tertulis satu grafiti dengan ayat: “Alihkan benda ni.”

Mereka tidak mahu tugu Zlatan Ibrahimovic itu berada di hadapan stadium Malmo lagi.

Zlatan Ibrahimovic melakukan debut bersama Malmo, 20 tahun yang lalu. Dan beliau seringkali dicanang sebagai berdarah Malmo sejati.

Advertisement

Selain daripada kerosakan pecah pada tugu, bahagian kepala Zlatan juga dibalut dengan badge Sweden.

Jurucakap Majlis Bandaraya Malmo, Bahagian Sukan dan Rekreasi memberitahu BBC bahawa tugu itu terpaksa dialihkan sementara untuk diperbaiki.




Beliau mengesahkan bahawa, pihak berkuasa tempatan akan meletakkan kembali tugu itu di tempat yang sama. Mereka tak akan tunduk dengan ugutan.

Timbalan Datuk Bandar Malmo, Frida Trollmyr menyatakan beliau faham peminat / ultras marah dengan Zlatan. Namun vandalisme adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

Frida berkata kepada AFP: “Saya faham ramai orang di sini yang marah dan kecewa terhadap Zlatan. Namun melakukan vandalisme ke atas tugu itu adalah perbuatan yang tidak bertanggungawab.”

Advertisement

“Adalah lebih baik, meluahkan ketidakpuasan hati dengan cara demokrasi,” tambah beliau lagi.

Tugu setinggi 3.5 meter itu diperbuat daripada gangsa. Namun ianya telah disembur dengan cat dan turut dibakar.

Ada juga yang meletakkan pelapik tempat duduk tandas pada bahagian lengan Zlatan.

Kenapa peminat Malmo sangat marah dengan Zlatan Ibrahimovic?

Segalanya bermula apabila Zlatan, baru-baru ini mengumumkan sudah membeli 25% kepentingan di kelab Hammarby.

Advertisement

Hammarby merupakan seteru utama Malmo. Mereka sangat kecewa dengan tindakan Zlatan. Korang bayangkanlah tetiba Lionel Messi melabur dekat Real Madrid.




Tugu itu diperkenalkan kepada umum pada Oktober 2019 yang lalu. Dan beberapa percubaan merosakkannya sudah dilakukan sejak Disember, sebaik sahaja pengumuman Zlatan itu.

Malah rumah Zlatan Ibrahimovic di Stockholm turut divandalisme dengan spray cat bertulis Judas di pintunya.

Artis yang membuat tugu Zlatan Ibrahimovic, iaitu Peter Linde, merayu kepada para peminat Malmo agar tidak merosakkan tugu itu.

Ini kerana menurut beliau, Zlatan Ibrahimovic tetap legenda Malmo dan Sweden. Tugu itu akan menjadi daya tarikan pelancong ke Malmo.

Advertisement

Zlatan Ibrahimovic merupakan pemain terbanyak memenangi anugerah permain terbaik tahunan Sweden di dalam sejarah.

Beliau sudah bermain dengan banyak kelab besar termasuk Ajax, Inter Milan, Barcelona, AC Milan, PSG dan Man United.

Kini beliau menyertai semula AC Milan pada usia 38 tahun. – axello.net



Advertisement
Continue Reading

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY