Connect with us

EPL

[VIDEO] VAR tidak berfungsi bunuh Wolves – Coady

Published

on

Kapten Wolverhampton Wanderers, Conor Coady, berpendapat Video Bantuan Pengadil (VAR) tidak berfungsi selepas dua kali keputusan tidak memihak pasukannya sewaktu tewas 1-0 di tangan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool, di Anfield awal pagi tadi.


Jaringan Sadio Mane dalam babak pertama disahkan selepas kajian VAR tatkala pengadil, Anthony Taylor, sebelum itu membatalkannya kerana bola terkena tangan Adam Lallana.

Namun, Wolves yang menyaksikan jaringan mereka dibatalkan akibat ofsaid tidak lama selepas gol Mane — yakin Virgil van Dijk patut dipersalahkan kerana bola terkena tangannya sebelum melakukan hantaran kepada Lallana.

“Keputusan membunuh kami, ia menentang kami,” kata Coady.

“Ia menjengkelkan. Orang ramai bercakap mengenai VAR tetapi mereka tidak bertanya kepada kami tentang situasi yang berlaku. Bagi saya, ia tidak berfungsi.

Advertisement




“Saya bercakap dengan Taylor ketika perlawanan. Dia seorang yang baik dan sedia berbincang. Namun, anda bertanya soalan dan tidak menerima jawapan.

“Kami fikir bola terkena tangan Van Dijk sebelum jaringan dihasilkan. Itu yang kami fikir. Kemudian, Taylor memberitahu saya bahawa Van Dijk berada jauh. Saya tidak dapat memahaminya. Van Dijk melakukan hantaran untuk jaringan dihasilkan.

“Dia seorang pemain hebat dan satu hantaran sempurna tetapi apa yang kedengaran, bola terkena tangannya. Jadi, saya tidak tahu apa kesalahan yang kami lakukan serta kekeliruan yang terjadi, namun bagi saya ia tidak bagus kerana dua kali berturut-turut kami menanggungnya, menentang Liverpool dan Manchester City, dua pasukan terbaik di dunia.”




Advertisement

Ditanya bagaimana VAR memberi kesan kepada perlawanan, dia menambah: “Orang ramai tidak sukakannya. Tiada siapa. Tiada siapa bertanya pemain tentangnya. Mereka hadir dan melakukan pengenalan di permulaan musim, memberitahu apa yang akan berlaku tetapi ia masih mengelirukan.

“Anda tidak menerima jawapan di atas padang, mereka memberitahu akan menyemak sama ada penalti atau tidak. Kami mahu mengkaji bola terkena tangan, ofsaid. Jadi, siapa yang ofsaid? Mereka kata kami tidak tahu. Bagaimana ofsaid? Mereka tidak tahu.”

Bercakap mengenai jaringan Pedro Neto buat Wolves yang dibatalkan kerana VAR mendakwa Jonny Castro Otto berada dalam kedudukan ofsaid semasa gerakan dilakukan, Coady menambah: “Saya dengar ia sekadar ketiak atau seumpanya, bukan? Ketiak menjadi satu jarak yang besar dalam Liga Perdana Inggeris.”



Advertisement
Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

EPL

Ralf Rangnick pengendali sementara Man United

Published

on

By

LONDON: Ralf Rangnick disahkan sebagai pengendali sementara Manchester United menggantikan Ole Gunnar Solskjaer yang dipecat.

Kelab Liga Perdana Inggeris itu mengesahkan Rangnick, 63, yang kini mengetuai bahagian sukan dan pembangunan kelab Russia Lokomotiv Moscow, sebagai pengganti jangka pendek Solskjaer.

Michael Carrik mengambil alih pasukan ketika kemenangan Liga Juara-Juara Eropah di Villarreal, yang membawa United ke peringkat kalah mati, tetapi kelab mahu membawa pengendali lebih berpengalaman untuk menghabiskan baki saingan musim ini.





United dijangka melantik pengendali tetap pada penghujung kempen dengan bos Paris Saint-Germain, Mauricio Pochettino dikaitkan dengan jawatan itu.

Rangnick, yang pernah membimbing RB Leipzig, mencapai persetujuan dengan United untuk mengambil alih tugas itu berkata, perjanjian itu tertakluk kepada persetujuan Lokomotiv untuk melepaskannya daripada kontrak.

Bagaimanapun dia mungkin tidak sempat untuk mengendalikan perlawanan menentang Chelsea hujung minggu ini kerana isu permit.




Advertisement

“Semua tenaga dan fikiran tertumpu pada Ahad ini. Saya kawal apa yang dalam kawalan saya. Semua perkara tidak perlu saya risaukan kerana saya perlu menang perlawanan bola dan itu yang saya mahu lakukan,” kata Carrick.

Solskjaer dipecat Ahad lalu susulan kekalahan 4-1 di tangan Watford.

Mereka kini di tangga kelapan Liga Perdana Inggeris selepas tewas empat daripada lima perlawanan terakhir, 12 mata di belakang pendahulu Chelsea dan enam di belakang West Ham yang menduduki tangga keempat. – AFP



Advertisement
Continue Reading

EPL

Conte larang pemain Spurs makan sos, piza

Published

on

By

London: Antonio Conte menegaskan beliau akan mengetahui pemain Tottenham yang melanggar arahannya berkaitan penjagaan badan mereka.

Pengendali dari Itali itu pantas melarang barisan pemainnya mengambil sos dan piza dekat pusat latihan kelab di Hotspur Way selepas dilantik selaku pengurus bulan ini.


Conte juga mengambil berat gaya tidur barisan pemain Spurs selain meminta mereka meninggalkan tabiat kehidupan liar.

Pengendali berusia 52 tahun itu sedar dia hanya boleh mengawal barisan pemainnya ketika mereka berada di atas padang.




Advertisement

Bagaimanapun beliau memberi amaran kepada anak buahnya bahawa pakar pemakanan kelab akan membantunya melihat mana-mana pemain yang melanggar arahannya itu.

“Saya boleh melihat keputusannya daripada pakar pemakanan sama ada ia OK atau sebaliknya.

“Saya mahu meningkatkan prestasi pemain dalam setiap aspek dan mahu mereka memahami kehendak saya.





“Anda perlu melakukan persediaan yang rapi terhadap fizikal dan minda anda. Jadi anda perlu bersemangat untuk melakukannya.

“Saya melaksanakan arahan ini bukan sahaja di Chelsea dan Juventus serta Inter Milan, tetapi juga ketika saya berada di Serie B bersama Siena,” katanya.



Advertisement
Continue Reading

EPL

Manchester United mesti pecat Solskjaer

Published

on

By

Sikap sayup-sayup macam orang tak bersalah pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjær yang masih memberikan reaksi senyum selepas tamat perlawanan menentang Manchester City di Old Trafford amat menjelekkan.

Rata-rata penyokong Manchester United berang dengan sikap pilih kasih pengurus yang paling banyak menerima backup dari pelbagai sudut dan masih mampu bertahan di organisasi kelab terbesar dunia, Manchester United.




Tewas kepada Liverpool dengan jumlah jaringan besar memberikan desakan kepada barisan pengarah United yang mula memberikan KPI kepada pengurus berasal dari Norway tersebut.

Sementara itu Danny Murphy merasakan Manchester United perlu memecat Ole Gunnar Solskjaer jika mereka mahu memperbaiki prestasi.

Bekas pemain tengah Liverpool itu berkata, ketika seteru utama kelab itu mahu Solskjaer kekal, pengendali dari Norway itu dinasihatkan untuk berundur.





Solskjaer menyaksikan anak buahnya mengalami kekalahan kali keenam dalam 12 perlawanan selepas tewas 0-2 kepada seteru setempat, Manchester City, kelmarin.
Advertisement

Red Devils hanya menang empat kali ketika ini dengan desakan untuk Solskjaer dipecat semakin kuat.

“Penyokong lawan melihat Solskjaer sebagai senjata rahsia mereka. Mereka mahu beliau kekal lebih daripada penyokong United sendiri.




“Perlawanan itu dilihat oleh sesetengah pihak sebagai peluang terakhir Solskjaer untuk menyelamatkan kariernya selepas tekanan terhadapnya semakin meningkat.

“Tapi City berada dalam kelas berbeza berbanding United. Mereka mungkin hanya menang 2-0 tetapi jelas berada dalam kelas tersendiri.

Advertisement

“United tidak akan memenangi trofi musim ini. Itu sudah jelas, tetapi tidakkah pengurusan kelab itu mempunyai keazaman untuk melakukan perubahan,” kata Murphy.



Continue Reading

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY