Connect with us

Liga Super

Dollah Salleh ‘buka mulut’ persiapan Pahang 2020

Published

on

Tatkala pasukan lain seperti Selangor, Kedah dan Terengganu FC begitu aktif di pasaran pemain dan hampir kesemua pemain-pemain mereka telah pulang ke pangkuan pasukan masing-masing untuk memulakan sesi latihan pramusim, pasukan Pahang kekal ‘misteri’ mengenai persiapan mereka menjelang saingan musim baharu, Liga Malaysia 2020.



Bagaimanapun menurut laporan The Star, ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh akhirnya buka mulut mengenai persiapan mereka menjelang sepak mula Liga Super pada 28 februari kelak.

Mengakui beberapa tonggak utama kalangan pemain import dan tempatan telah dilepaskan oleh skuad Tok Gajah, jurulatih berusia 56 tahun itu tidak gusar kerana Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) bakal membawa pemain lebih berkualiti untuk beraksi di posisi-posisi tersebut.

“Kami telah lepaskan beberapa pemain tetapi pemain-pemain ini (yang dilepaskan) merupakan posisi yang kami rasakan perlukan peningkatan… Saya merasakan kami sukar untuk mendapatkan pengganti bagi pemain seperti Safuwan dan Kaimbi tetapi untuk posisi lain kami mempunyai pilihan,”




Antara pemain-pemain yang dilepaskan selain daripada dinyatakan oleh Dollah ialah Saddil Ramdani, Wan Zaharulnizam, Norshahrul Idlan Talaha, Zubir Azmi, R. Kogileswaran dan beberapa lagi.

Disebalik pelepasan beramai-ramai pemain tonggak, Pahang masih mengekalkan tonggak skuad kebangsaan bersama pasukan mereka. Dollah juga memberi bayangan untuk menaikkan pangkat kepada beberapa pemain muda ke dalam skuad senior.

Advertisement

Bekas jurulatih skuad Harimau Malaya ini dilihat bakal membina skuad baharu berpaksikan tiga pemain ini bersama-sama pemain-pemain muda dan baharu kelak.

“Kami masih mempunyai pemain seperti Matthew (Davies), Mohamadou Sumareh dan Nor Azam Azih yang merupakan pemain skuad kebangsaan… Kami juga mempunyai beberapa pemain muda yang mencuri tumpuan pada musim lalu.”




“Sukar untuk membina kembali pasukan tetapi kami telah memulakan proses itu sekarang supaya kami boleh menjadi lebih baik pada masa depan,” ujar Dollah seperti dipetik daripada The Star.

Bercakap mengenai pemain import, pertahanan tinggi lampai yang cemerlang bersama Tok Gajah musim lepas, Herold Goulon menjadi satu-satunya pemain import yang disahkan kekal bersama Pahang untuk musim ini.

Advertisement

Empat kuota pemain import Pahang masih kosong sehingga ke hari ini. Status penyerang prolifik mereka, Dickson Nwakaeme masih menjadi tanda tanya walaupun pemain Nigeria itu memberi bayangan untuk kekal sekiranya khidmatnya masih diperlukan.

Bagaimanapun, Dollah menegaskan Pahang sedikit berhati-hati dalam membuat keputusan untuk merekrut pemain-pemain import bagi musim 2020.

Pengalaman sejak dua musim lalu dijadikan pengajaran berguna buat Pahang apabila beberapa pemain import mereka seperti Chan Vathanaka dan Ze Love gagal mencapai tahap yang dijangkakan sekaligus menyebabkan terpaksa mencari pengganti pada jendela perpindahan pertengahan musim.

”Musim hanya akan bermula pada 28 Februari, jadi kami mempunyai dua bulan untuk melakukan persiapan. Saya tidak mahu menandatangani pemain secara tergesa-gesa dan kemudiannya menyesal terutamanya (melibatkan) pemain import. Kemudiannya terpaksa lagi mengeluarkan perbelanjaan untuk menukar pemain pada jendela perpindahan kedua.” tambahnya lagi. – Foxsports



Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

FAM

FAM sedang perhalusi penggunaan VAR

Published

on

By

Kuala Lumpur: Penggunaan video bantuan pengadil (VAR) sememangnya sedang diperhalusi untuk digunakan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Menurut Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk S Sivasundaram, badan induk bola sepak tempatan itu sentiasa bersedia untuk meningkatkan kualiti dan mutu liga tempatan khususnya dengan penggunaan VAR.



Katanya, FAM sedang mengkaji secara terperinci berkenaan VAR yang menelan belanja cukup tinggi sekitar RM18 juta ke RM20 juta.

Malah ujarnya, masalah pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika ini turut memberi kesan selain capaian internet yang laju di setiap venue perlu disediakan.

“VAR ini, memang kita buat kajian dan difahamkan kita perlukan RM18 juta ke RM20 juta untuk menggunakan teknologi ini.





“Oleh itu, kita nak tengok dari segi kemampuan kewangan kita pula sekarang masalah Covid-19 di negara kita.

“Selain itu, kita juga nak tengok keadaan internet di stadium-stadium yang akan menggunakan teknologi VAR. Semua itu masih dalam kajian kita,” katanya.





Kelmarin, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui sudah tiba masanya untuk saingan Liga M menggunakan VAR selepas prestasi buruk yang dipamerkan pengadil tempatan sepanjang musim ini.
Advertisement

Malah, dua negara jiran tetangga iaitu Thailand dan Indonesia dilaporkan sudah menggunakan sistem VAR dalam saingan liga masing-masing bagi mengelak sebarang keputusan kontroversi daripada pengadil perlawanan.



Continue Reading

Liga Super

Lim Teong Kim Calon Ketua Jurulatih Sri Pahang

Published

on

By

Bekas pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Lim Teong Kim berada dalam senarai calon ketua jurulatih Sri Pahang bagi menghadapi saingan musim hadapan.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawa The Star, T.Avineshwaran dimana selain Teong Kim, dua lagi jurulatih dilaporkan turut berada dalam senarai iaitu Christophe Gamel dan jurulatih ketika ini, Dollah Salleh.





Lim Teong Kim sebelum ini pernah mengendalikan skuad B-16 tahun negara yang rata-rata dibarisi oleh graduan dari Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dalam temasya AFC B-16 Tahun yang dijalankan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 2018 lalu.

Namun pasukan negara gagal menampilkan prestasi terbaik dimana anak-anak buah Teong Kim menamatkan saingan kumpulan A di tangga tercorot dengan perolehan 3 mata, hasil kemenangan ke atas Tajikistan serta tewas kepada Thailand dan Jepun.





Bagi Christophe Gamel pula, pada awal musim ini beliau merupakan penolong ketua jurulatih kepada Thomas Dooley namun keduanya direhatkan setelah Sri Pahang menampilkan prestasi yang kurang memberangsangkan pada dua aksi pertama Liga Super.

Gamel dan Dooley kemudiannya diberikan tanggungjawab baharu sebagai penasihat pasukan dan ketua jurulatih skuad bawah 21 tahun sementara Dollah Salleh mengambil alih tugas menguruskan pasukan utama.





Musim ini, di bawah bimbingan Dollah, Sri Pahang menamatkan saingan Liga Super di tangga ke-10, dibezakan dua mata dengan Perak yang menamatkan saingan di tangga ke-11 sekaligus tersingkir ke Liga Premier musim hadapan.
Advertisement

Dalam saingan Piala Malaysia pula, Sri Pahang berada di tangga ketiga dalam kumpulan A sekaligus terlepas peluang untuk mara ke pusingan kalah mati.



Continue Reading

Liga Super

Pampasan Akhyar: JDT sudah bayar, Kedah pulangkan

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menyifatkan kenyataan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa kelab itu tidak membayar pampasan terhadap perpindahan Akhyar Rashid sebagai tuduhan tidak berasas.

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards menjelaskan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah memutuskan bahawa yuran pembangunan pemain sebanyak RM75,000 perlu dibayar oleh mana-mana kelab yang menandatangani Akhyar selepas pemain itu menamatkan kontrak bersama Kedah.



Malah, beliau berkata, JDT bersetuju untuk membayar lebih dan mengeluarkan sekeping cek kepada Kedah sebanyak RM100,000 pada 31 Disember 2018.

“Cek ini bagaimanapun dipulangkan oleh Kedah kerana mereka mahu membuat rayuan berkenaan perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

“Mahkamah Timbang Tara kemudiannya membuat keputusan bahawa yuran pembangunan itu tidak diperlukan dan membatalkan keputusan yang dibuat oleh FAM.

“Tidak ada keputusan selanjutnya atau tuntutan yang dilakukan Kedah terhadap JDT. Niat kami adalah jelas dan kami ingin menasihati Presiden Kedah FA yang juga Menteri Besar supaya tidak membuat tuduhan tidak berasas.”





Semalam, Sanusi mendakwa JDT tidak menjelaskan pampasan yang sepatutnya dibayar KFA berhubung perpindahan kontroversi pemain itu ke kelab berkenaan sebelum ini.
Advertisement

“Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memutuskan bahawa mereka (JDT) perlu membayar kepada Kedah, tetapi mereka masih belum menjelaskan bayaran itu, bagi saya ini aneh memandangkan mereka mendakwa sebagai kelab kaya.





“Dia ajak saya turun ke sana untuk selesaikan isu ini tetapi saya enggan, saya tidak buat apa-apa silap jadi kenapa perlu ke sana. Kami mungkin miskin, tetapi kami tetap berbangga dan jangan sesekali memandang rendah pasukan miskin,” kata Sanusi.

Muhammad Sanusi berkata, beliau membuat pemerhatian berdasarkan prestasi buruk pemain terbabit ketika perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Darul Aman.

“Saya melihatnya bermain dalam perlawanan baru-baru ini, dia tidak dapat menjaringkan gol walaupun sudah berada di dalam kotak penalti.

“Saya kasihan dengan budak itu, dia seorang pemain yang berkaliber ketika bermain untuk Kedah, tetapi selepas menyertai pasukan lain yang menawarkan tawaran lumayan kepadanya, dia tidak dapat bermain secara kompetitif, jadi akhirnya dia menghidap ‘kepengkaran’,”



Advertisement
Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY