[VIDEO] Jaringan Ings buat Mourinho gigit jari

PENGURUS Tottenham, Jose Mourinho tidak percaya masalah Spurs boleh diselesaikan ketika jendela perpindahan bulan ini di sebalik satu lagi aksi hambar ketika tewas 0-1 di Southampton yang turut menyaksikan Harry Kane dikeluarkan kerana kecederaan.


Danny Ings menghasilkan satu daripada kualiti dalam perlawanan itu apabila menyungkit bola melepasi Toby Alderweireld sebelum merembat masuk gol kesembilan dalam sembilan aksi Liga Perdana Inggeris untuk melonjakkan Saints ke tangga ke-11, enam mata di atas zon penyingkiran.

Spurs kini dibolosi sepanjang tahun di laman sendiri dan hanya satu kemenangan dalam empat aksi musim perayaan meninggalkan anak buah Mourinho enam mata di belakang pasukan tangga keempat Chelsea.

“Kami alami keputusan buruk hari ini yang juga kesinambungan daripada tahun lalu. Selama 12 bulan, ia terlalu sukar untuk melakar kemenangan di tempat lawan,” kata Mourinho.





“Ia sukar. Tugas kami bukannya mengenai pembelian pemain, ia mengenai bagaimana bekerja dengan pemain di tengah padang. Ia sesuatu yang amat sukar buat kami kerana kami tidak mempunyai masa mencukupi untuk melakukannya.”

Pilihan Mourinho mungkin lebih terjejas dengan kecederaan dalam beberapa minggu akan datang apabila Kane terpaksa dikeluarkan kerana masalah hamstring selepas menjaringkan gol yang dibatalkan kerana ofsaid.