FIFA jatuhkan hukuman denda RM211,000 kepada Malaysia

Sebanyak RM211,000 jumlah denda yang dikenakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ekoran masalah melibatkan penyokong ketika perlawanan melibatkan skuad kebangsaan dalam aksi kelayakan Piala Dunia.


FIFA mendapati FAM telah melanggar artikel 16 dan 26. Bagi artikel 16, pertama ia berlaku adalah ketika perlawanan di antara Malaysia menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 September di mana FAM telah menerima amaran daripada FIFA.

Kali kedua, adalah ketika perlawanan ‘derby nusantara’ di antara Malaysia dan Indonesia di Bukit Jalil pada 19 November. Denda yang dikenakan oleh FIFA adalah berkaitan dengan masalah melibatkan penyokong.




Selain itu, FAM juga telah diberikan amaran oleh FIFA selepas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe tidak menghadiri sidang media selepas perlawanan berdepan Vietnam di Hanoi di mana ianya melanggar Artikel 26 dalam undang-undang FIFA.

Selain itu Indonesia juga telah didenda 245,000 Swiss Franc (RM 1 juta) oleh FIFA ekoran kekecohan yang disebabkan oleh penyokong mereka di Bukit Jalil juga ketika menentang Malaysia di Gelora Bung Karno pada 5 September. Indonesia turut diberikan amaran oleh FIFA ekoran masalah yang berlaku ketika perlawanan berdepan Thailand pada 10 September. – foxsports