Connect with us

Luqman Hakim

Luqman hanya tumpu persiapan sebelum ke Cardiff – Sathiananthan

Published

on

Bersiap sebelum ke Cardiff.

Pemain muda negara, Luqman Hakim Shamsuddin kini sudah mula berlatih bersama pasukan Selangor untuk mempersiap dirinya sebelum berangkat ke Eropah.


Ini dinyatakan oleh pengendali pasukan Selangor, B. Sathiananthan yang menafikan bahawa Selangor akan menggunakan khidmat Luqman dalam aksi Piala Cabaran Asia terutamanya selepas kehilangan Nor Hakim Hassan ekoran kecederaan.

“Tidak. Saya mahu Luqman fokus untuk persiapan dia ke Eropah bersama kelab Belgium nanti pada bulan Mac nanti.

“Malah, saya difahamkan kemungkinan hujung bulan ini dia akan ke Cardiff City untuk membiasakan diri dengan cuaca dan suasana bola sepak Eropah.

“Jadi saya tak adalah sampai terdesak nak guna Luqman untuk Cabaran Asia kerana kita mempunyai ramai lagi pemain yang boleh isi tempat Nor Hakim.




Advertisement

“Apa yang penting, saya nak Luqman beri tumpuan dan ini adalah peluang terbaiknya untuk melebarkan sayap ke Eropah dan harap lebih ramai pemain akan ikut jejaknya,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Luqman akan berangkat ke Cardiff bulan ini untuk menjalani latihan bersama kelab Inggeris itu selama tiga bulan sebelum menyertai pasukan liga Belgium, K.V. Kortrijk.

Bagi pasukan Selangor pula, mereka kini dalam rangka persiapan untuk Liga Super yang akan bermula pada bulan hadapan. Sebagai salah satu persiapan, pasukan Selangor menganjurkan Piala Cabaran Asia yang akan menyaksikan penyertaan pasukan Persib Bandung (Indonesia), Hanoi FC (Vietnam) dan Bangkok United (Thailand).



Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Luqman Hakim

[VIDEO] Luqman Hakim pamer aksi cemerlang

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin mempamerkan aksi memberangsangkan bersama kelabnya, KV Kortrijk selepas diturunkan ketika perlawanan ujian berdepan KRC Harelbeke, awal pagi tadi.

Pada aksi yang berkesudahan KV Kortrijk meraih kemenangan besar 5-0 itu, Luqman dilihat berjaya mempamerkan aksi meyakinkan selepas hampir sebulan bersama Harimau Malaya menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang berakhir 16 Jun lalu.


Pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan berusia 19 tahun itu masuk sebagai pemain gantian dan mendapat beberapa peluang untuk meledak gol, namun gagal disudahkan dengan jaringan.

Malah, kepantasan larian dan keyakinan tinggi dipamerkan Luqman menjadi pencetus kepada jaringan kelima pasukannya apabila dia dijatuhkan pemain lawan pada minit ke-86 dan memaksa pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada KV Kortrijk.





Luqman yang sudah lama tidak beraksi bersama kelab Belgium itu turut mendapat pujian peminat menerusi komen di media sosial rasmi kelab berdasarkan persembahannya berdepan KRC Harelbeke.

Pelayar Facebook, Tofikz Toxx menulis: “Luqman ada kemajuan selepas berlatih dengan Harimau Malaya. Kalau dapat main 100 peratus setiap perlawanan, lagi padu bila balik kelab.”

Advertisement

Asrul Amar pula memberi komen: “Insya-Allah, satu hari nanti Luqman akan berjaya juga. Hanya sabar, belajar lagi kena kuatkan mental.”





Bukan saja peminat dari Malaysia, Luqman yang lebih dikenali sebagai Luqie dalam pasukannya turut mendapat sokongan daripada penyokong KV Kortrijk di Belgium, malah berdasarkan satu video di laman Instagram kvkortrijkfans, penyokong di stadium menyanyikan lagu khas buat Luqman.

“Kita dapat satu lagu Luqman! Allez Luqman Allez!,” tulis laman Instagram itu berserta video nyanyian penyokong kepada Luqman.



Advertisement
Continue Reading

Luqman Hakim

Jersi nombor 9 bukan lagi milik Luqman

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Jersi ‘nombor 9’ KV Kortrijk dikhabarkan tidak lagi menjadi milik penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin.

Ia selepas paparan senarai pemain kesebelasan utama KV Kortrijk ketika menentang Charleroi dalam saingan Liga Belgium baru-baru ini menunjukkan jersi berkenaan digunakan Teddy Chevalier.



Chevalier yang kembali menyertai kelab Belgium berkenaan tahun ini, menyarung jersi itu dalam perlawanan yang berlangsung pada Sabtu lalu selepas sebelum ini menyarung jersi nombor 34.





Difahamkan pertukaran nombor itu dibuat sebagai memberi penghormatan kepada Chevalier yang dianggap pemain legenda pasukan itu.

Menurut laporan, Chevalier pernah membuat 176 penampilan bersama Kortrijk dan menjaringkan 53 gol serta menyumbang 37 bantuan jaringan.

Ini adalah kali ketiga dia menyertai KV Kortrijk sepanjang kerjayanya selepas kali pertama pada 2013 hingga 2015 dan kali kedua pada 2017 hingga 2019.

Advertisement




Jadi tidak hairanlah pemain veteran berusia 33 itu diberikan penghormatan untuk menggunakan nombor keramat bagi seorang penyerang.

Selain itu, terdapat dakwaan bahawa Luqman akan menggunakan jersi baharu bernombor 99.



Advertisement
Continue Reading

Luqman Hakim

Jangan malukan Luqman, Safawi

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Penyokong alam maya atau ‘netizen’ diingatkan tidak memberikan komen yang melampau hingga boleh menyebabkan pemain muda negara, Luqman Hakim Shamsudin dan Safawi Rasid menjadi bahan sindiran di Eropah.

Ia selepas terdapat komen ‘mengarut’ daripada segelintir rakyat negara ini di media sosial rasmi kelab Luqman, KV Kortrijk dan pasukan baharu Safawi di Portugal, Portimonense SC.



Pemerhati bola sepak tempatan, Mohd Sadek Mustafa menjelaskan komen yang yang keterlaluan di media sosial rasmi kelab boleh mengundang sindiran atau ejekan kepada dua pemain itu dalam pasukan mereka.

Beliau berkata, secara psikologi perkara itu boleh menambah tekanan dari luar padang kepada Luqman dan Safawi ketika dua pemain itu sedang berusaha menyesuaikan diri di bumi Eropah dan pasukan baharu.

“Kita sebagai peminat perlu bersifat realistik dan adil kepada Luqman serta Safawi supaya mereka tidak dijadikan bahan sindiran dalam pasukan,” katanya kepada BH Sukan, semalam.





“Kita perlu berhati-hati dan menghormati mereka, jangan memberikan tekanan tambahan. Bila jadi bahan sindiran dan ejekan ini boleh menjejaskan mental dan fokus pemain.”

Antara komen yang banyak dibuat netizen termasuk mempertikai keputusan kelab Luqman dan Safawi kerana tidak menyenaraikan dua pemain itu dalam perlawanan rasmi di liga masing-masing.

Advertisement

Tidak kurang juga ada yang menuduh pengambilan Luqman dan Safawi sekadar hanya mahu panaskan bangku simpanan KV Kortrijk dan Portimonense.

Malah, Luqman turut mengakui bahawa ada rakan sepasukan di KV Kortrijk yang menanyakan mengenai komen yang dibuat oleh netizen dari Malaysia.





Mengulas lanjut, Sadek berkata peminat seharusnya bersabar dan memberi ruang kepada Luqman dan Safawi menyesuaikan diri dengan realiti yang ada di Eropah.

“Penyokong perlu realistik bahawa standard yang ada di liga Eropah jauh lebih tinggi dan dalam aspek ini, sebagai manusia mereka patut lalui proses penyesuaian bukan hanya dari aspek bola sepak, malah merangkumi sosial dan budaya serta nilai dalam latihan dan pertandingan,” katanya. – Berita Harian



Advertisement
Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY