Connect with us

Liga Malaysia

Presiden PAFA Beri Jaminan Jersi Perak Kali Ini Lebih Cantik

Published

on

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan kualiti jersi skuad The Bos Gaurus untuk musim 2020 yang disediakan oleh jenama dari Jerman iaitu JAKO dikategorikan sebagai ‘cikai’.


Menurut kenyataanya dalam Sinar Harian, beliau memberi jaminan jersi Perak kali ini lebih cantik dan bakal dipertontonkan kepada para penyokong dalam masa terdekat.

“Kalau semua benda kita nak tunjuk, kita tak ada element of surprise. Tak tahulah kat luar cerita macam-macam.

“Jersi kita tak ada masalah. Cantik, saya dah tengok. Orang tanya Jako ke apa ke, tunggulah. Nanti saya bagitahulah.

“Tak payahlah saya umumkan dahulu. Begitu juga pemain,” kata Ahmad Faizal juga Menteri Besar Perak.

Advertisement

Majlis pelancaran jersi pasukan Perak FA musim 2020 sepatutnya dilangsungkan pada hari Sabtu lalu di Kinta Riverfront Hotel, Ipoh telah dibatalkan kerana pihak penganjur dikatakan menghadapi masalah teknikal.

Tindakan PAFA membatalkan program itu di saat akhir telah menimbulkan rasa tiada puas hati dalam kalangan penyokong yang datang dari jauh.




Ahmad Faizal menjelaskan beliau yang meminta penangguhan program berkenaan kerana sedang berada di luar Ipoh untuk menyertai program bersama Perdana Menteri ketika itu.

“Saya yang minta tangguh program itu kerana saya tidak berada di Ipoh pada masa itu. Ia tidak dapat dielakkan.

“Apapun, kami akan adakan program itu dalam tempoh terdekat ini,” jelasnya.

Advertisement

Jenama JAKO bukan kali pertama mempunyai masalah seperti ini kerana sebelum mereka juga turut menghadapi masalah ketika bersama pasukan Pahang FA sehinggakan skuad Tok Gajah terpaksa mencari alternatif lain menggunakan jenama FILA sekitar musim 2017. – VocketFC



Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

FAM

FAM sedang perhalusi penggunaan VAR

Published

on

By

Kuala Lumpur: Penggunaan video bantuan pengadil (VAR) sememangnya sedang diperhalusi untuk digunakan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Menurut Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk S Sivasundaram, badan induk bola sepak tempatan itu sentiasa bersedia untuk meningkatkan kualiti dan mutu liga tempatan khususnya dengan penggunaan VAR.



Katanya, FAM sedang mengkaji secara terperinci berkenaan VAR yang menelan belanja cukup tinggi sekitar RM18 juta ke RM20 juta.

Malah ujarnya, masalah pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika ini turut memberi kesan selain capaian internet yang laju di setiap venue perlu disediakan.

“VAR ini, memang kita buat kajian dan difahamkan kita perlukan RM18 juta ke RM20 juta untuk menggunakan teknologi ini.





“Oleh itu, kita nak tengok dari segi kemampuan kewangan kita pula sekarang masalah Covid-19 di negara kita.

“Selain itu, kita juga nak tengok keadaan internet di stadium-stadium yang akan menggunakan teknologi VAR. Semua itu masih dalam kajian kita,” katanya.





Kelmarin, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui sudah tiba masanya untuk saingan Liga M menggunakan VAR selepas prestasi buruk yang dipamerkan pengadil tempatan sepanjang musim ini.
Advertisement

Malah, dua negara jiran tetangga iaitu Thailand dan Indonesia dilaporkan sudah menggunakan sistem VAR dalam saingan liga masing-masing bagi mengelak sebarang keputusan kontroversi daripada pengadil perlawanan.



Continue Reading

Liga Malaysia

Penswastaan bola sepak Malaysia berpotensi gagal – Zamsaham

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Pemilik pasukan Kelantan FC, Norizam Tukiman mendakwa sistem penswastaan bola sepak di Malaysia berpotensi gagal.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Zamsaham berkata demikian menerusi satu ciapan ringkas yang dibuat di laman Facebooknya, hari ini.



“Saya rasa penswastaan bola sepak di Malaysia ini tidak teratur kerana banyak sebab. Saya dah laluinya, saya nampak akan potensi kegagalan penswastaan sistem bola sepak Malaysia. #Perjanjian.

“Apakah dan adakah tugas FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) dalam fasilitate penswastaan? Saya bukan nak duit FAM, saya lalui sendiri proses penswastaan dan saya tahu level mana mereka membantu,” tulisnya.





Menerusi satu lagi ciapan di Facebook sama, Norizam menjelaskan pihaknya sudah menyelesaikan sepenuhnya hutang pemain yang ada dalam perjanjian penswastaan.




“Alhamdulillah, semua hutang pemain yang ada dalam perjanjian penswastaan kelab oleh KAFA (Persatuan Bolasepak Kelantan) saya sudah bayar, 100 peratus selesai.

“Jika ada yang lain itu maksudnya KAFA yang gagal. KAFA kata minta dengan mereka. Bukan dengan saya,” jelasnya.



Advertisement
Continue Reading

Liga Malaysia

Perak tamatkan kontrak empat pemain import

Published

on

By

IPOH: Perak FC menamatkan kontrak empat pemain import, termasuk tiga pemain yang sempat beraksi untuk kelab itu hanya selama empat bulan.

Pengurus Besar Perak FC, Azman Noh berkata, pemain dari Lubnan iaitu Samir Ayass sudah meninggalkan kelab pada akhir bulan lalu manakala tiga lagi pemain iaitu Zoubairou Garba (Indonesia-Cameroon), Ghislain Guessan (Ivory Coast), dan Nana Poku (Ghana) bakal meninggalkan pasukan pada minggu ini.




Katanya, penamatan kontrak keempat-empat pemain ini dimuktamadkan selepas pihak pengurusan berbincang dengan barisan kejurulatihan dan mengambil kira pelbagai aspek sebelum keputusan itu diambil.

“Kontrak ditamatkan hasil persetujuan bersama dengan kedua belah pihak iaitu antara pemain berkenaan dan (pengurusan) kelab.





“Perak FC ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pemain terbabit yang sudah bersama pasukan biarpun kelab terpaksa berdepan dengan pelbagai konflik sebelum ini.
Advertisement

“Selamat maju jaya kepada mereka bersama kelab baharu (kelak),” katanya menerusi kenyataan media yang dikongsikan di Facebook kelab, malam ini.




Beliau berkata, susulan itu Perak bakal meneruskan saingan Piala Malaysia dengan baki pemain import sedia ada.

Ia termasuk Jad Noureddine (Lubnan), Charlie Machell (England), dan Sergio Aguero (Argentina) serta dibantu pemain muda dari skuad Perak FC II.



Advertisement
Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY