Connect with us

Neymar

Neymar tersilap ucap tahniah

Published

on

LONDON: Neymar tidak bernasib baik apabila kesilapan ejaan yang dilakukan dalam media sosial menyebabkan dia menjadi ‘bahan’ netizen.



Semalam, pasukannya Paris Saint-Germain (PSG) kalah 0-1 kepada Bayern Munich dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

Kekalahan itu mencetuskan rusuhan penyokong di Paris, malah PSG terus kempunan merangkul kejuaraan Eropah selepas berbelanja berbilion ringgit.





Penyerang Brazil itu yang amat beremosi menggunakan media sosial untuk meluahkan perasaan, malangnya kesilapan ejaan memburukkan keadaan.

“Kalah adalah sebahagian daripada sukan, kita sudah cuba segala-galanya dan berjuang hingga ke akhir.

Advertisement

“Terima kasih atas sokongan anda dan kasih sayang setiap daripada kamu.TAHNIAH kepada BAYER,” tulis Neymar dalam Twitter.





Bayer adalah singkatan nama kepada musuh ketat Bayern, Bayer Leverkusen.

Bayer membalas status Neymar dengan usikan: “Obrigado @neymarjr. Saya tidak tahu mengapa kamu mengucapkan tahniah kerana saya sedang bercuti. Apa pun, terima kasih.” -AGENSI



Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Neymar

Neymar tayang helikopter RM58 juta

Published

on

By

LONDON: Neymar menarik perhatian peminatnya di media sosial apabila berkongsi gambar bersama helikopter Mercedes miliknya, hari ini.

Bintang Paris Saint-Germain itu menayangkan gambar yang diambil di hadapan kediaman mewahnya di Rio de Janeiro untuk tatapan 155 juta pengikutnya di Instagram.



Pemain termahal dunia berusia 29 tahun itu bergambar bersama helikopter berkenaan yang dipakir di hadapan rumahnya bernilai £7 juta (RM41 juta) yang terletak di kawasan cantik Mangaratiba.





Tandatangan Neymar NJR turut tertera di bahagian ekor helikopter bernilai £10 juta (RM58 juta) itu yang digunakan sebagai pengangkutannya ke tempat latihan ketika bersama skuad kebangsaan.




Neymar yang berpindah ke PSG dari Barcelona dengan harga £198 juta (RM1.17 bilion) pada 2017 pernah hadir menjalani latihan bersama pasukan kebangsaan dengan menaiki helikopter Airbus Mercedes.

Media Sepanyol mendakwa warna hitam helikopter itu diinspirasikan dari filem Batman dan Dark Knight yang menjadi salah satu watak hero kegemaran Neymar. – AGENSI



Continue Reading

Neymar

Neymar sekarang jadi budak ‘Puma’

Published

on

By

Paris: Neymar menandatangani perjanjian dengan Puma, syarikat Jerman itu mengumumkan perkara berkenaan hari ini, dua minggu selepas bintang Brazil itu meninggalkan Nike yang sudah lama menajanya.



“Selamat datang ke keluarga baru @neymarjr #KingIsBack,” kata Puma di laman sosial Twitter bersama gambar penyerang Paris St-Germain itu, yang mengenakan pakaian gergasi pengeluar sukan itu.

Pemain termahal dunia itu mengesahkan peranan peranan baru sebagai penghias poster Puma dalam satu surat yang dimuatnaik di media sosial.





“Saya membesar dengan melihat video legenda bola sepak seperti Pele, Cruyff, Eusebio dan Maradona, di mana setiap seorang beraksi dengan memakai jenama Puma.

“Disebabkan perkara ini, bermula dari sekarang, saya diberi penghormatan untuk bersatu dengan jenama ini yang banyak membantu legenda bola sepak menjadi di mana mereka berada sekarang,” kata Neymar.




Sama ada Neymar atau Puma kedua-duanya tidak mendedahkan tempoh atau jumlah kontrak berkenaan.

Advertisement

Sebelum ini terdapat spekulasi bahawa pemain berusia 28 tahun itu akan menandatangani kontrak dengan Puma selepas tidak lagi bersama Nike, iaitu syarikat yang menajanya sejak dia berusia 13 tahun.



Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY