Unifi siar secara percuma Liga Super

Saingan CIMB Liga Super Malaysia yang akan bersambung esok akan disiarkan oleh Unifi secara PERCUMA kepada semua peminat bola sepak di Malaysia bermula 28 Ogos sehingga 10 Oktober 2020.



Melalui unifiTV semua perlawanan boleh ditonton menggunakan 5 saluran unifi Sports 1 hingga 5. Perlawanan itu juga boleh disaksikan menggunakan aplikasi unifi playTV menggunakan telefon untuk kemudahan pengguna dimana-mana sahaja.





Pihak unifi juga kini memperkenalkan saluran Youtube rasmi untuk memudahkan lagi semua pihak terutamanya bukan pelanggan unifi untuk menonton perlawanan bola sepak CIMB Liga Super 2020.