[VIDEO] Arsenal juara Perisai Komuniti

LONDON: Mikel Arteta mendakwa kapten Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang semakin hampir menandatangani kontrak baharu selepas Gunners menewaskan Liverpool 5-4 menerusi penalti selepas seri 1-1 pada saingan Perisai Komuniti awal pagi tadi.



Aubameyang meletakkan skuad kendalian Arteta di depan pada nabak pertama di Wembley dengan sepakan menarik.

Pemain Jepun, Takumi Minamino menyamakan kedudukan menerusi jaringan pertamanya buat Liverpool pada lewat babak kedua saingan pra musim antara juara Liga Perdana dan Piala FA itu.





Pada penentuan penalti, penyerang muda Liverpool Rhian Brewster gagal mencipta jaringan apabila sepakannya terkena palang pada sepakan ketiga sebelum Aubameyang tenang menyempurnakan sepakan terakhir.

Ia satu lagi pengaruh dibawa Aubameyang, yang dijangka akan mengesahkan komitmen jangka panjang bersama kelab itu ketika dia akan memasuki musim terakhir kontraknya. – AFP