Barca minta RM1.390 bilion, pemain ganti Messi

LONDON: Barcelona terdesak untuk mendapatkan £250 juta (RM1.390 bilion) daripada Manchester City sebelum melepaskan Lionel Messi.

Ketika peguam City sedang menilai klausa dalam kontrak Messi yang memberikan harapan mereka boleh mendapatkan bintang Argentina itu secara percuma, bos Barca berharap City boleh bersetuju dengan pertukaran pemain selain wang tunai berbanding membawa kes bernilai £630 juta (RM3.503) itu ke mahkamah.



Sunday Mirror Sport difahamkan kedua-dua kelab percaya Messi hampir ke Etihad.

Dan perkara utama yang masih menjadi persoalan adakah Messi mendapat persetujuan Barcelona untuk ke City atau syarat perpindahan kontroversi terbesar dalam sejarah bola sepak itu akan ditentukan FIFA atau Mahkamah Timbang Tara Sukan.




Messi sudah memberitahu gergasi Catalan itu dia mahu meninggalkan Nou Camp – dan dia mahu kembali bersama Pep Guardiola di Etihad.

Selepas sedekad cuba memancing pemain berusia 33 tahun itu ke Manchester, skuad Blues percaya mereka akhirnya semakin hampir.

Bos baharu Barca, Ronald Koeman memberitahu rakannya di Belanda dia sudah bersedia menghadapi saingan tanpa pemain No 1 dunia itu.





Koeman berharap dia akan dapat memuktamadkan perjanjian yang akan menyaksikan Gabriel Jesus dan Bernardo Silva ke Nou Camp tetapi ditolak City.

Ada pemain yang bersedia dikorbankan Guardiola – termasuk John Stones, Nicolas Otamendi, Benjamin Mendy, Joao Cancelo, Oleksandr Zinchenko dan Angelino.