Connect with us

Gareth Bale

Gareth Bale terbuka kembali ke EPL

Published

on

Gareth Bale sedia mempertimbangkan untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) sambil menyalahkan Real Madrid kerana tidak membenarkannya meninggalkan kelab itu lebih awal.


Pemain antarabangsa Wales itu hanya membuat 20 penampilan musim lalu dan meminta untuk dikecualikan ketika mereka menghadapi Manchester City dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) bulan lalu.

Dia hampir angkat kaki ke Liga Super China tahun lalu sebelum Madrid membatalkan kesepakatan tersebut pada saat-saat akhir dan sejak itu, dia dikaitkan dengan Manchester United dan bekas kelab, Tottenham.

Dengan jendela perpindahan sedang dibuka selama sebulan lagi, Bale mengakui kecewa kerana tidak dibenarkan meninggalkan kelab ibu kota Sepanyol itu.




“Saya cuba berpindah tahun lalu tetapi mereka menghalang segalanya pada saat-saat akhir. Ini adalah projek yang mengujakan saya tetapi tidak menjadi kenyataan,” katanya kepada Sky Sports.

Advertisement

“Ada usaha yang lain untuk membolehkan saya berhijrah tetapi kelab tidak akan membiarkannya berlaku atau mereka akan melakukan sesuatu untuk menghalangnya. Terpulang kepada kelab.

“Saya mahu beraksi, saya masih mempunyai keinginan untuk beraksi jadi saya rasa ia terletak di tangan kelab ini. Mereka mengawal segalanya.

“Saya terikat dengan kontrak, apa yang cuma saya boleh lakukan ialah melaksanakan apa yang saya sedang lakukan dan semoga ada sesuatu yang positif akan muncul.

“Saya sudah berusia 31 tahun, saya masih dalam keadaan baik dan berasa masih banyak yang boleh disumbangkan. Kita lihat apa yang akan berlaku kelak.





“Ia terletak di tangan kelab ini tetapi mereka membuat perkara menjadi rumit kerana tidak bersikap jujur.”

Ditanya mengenai prospek kembalinya ke Liga Perdana, Bale berkata: “Jika pilihan itu muncul, saya pasti akan mempertimbangkannya.

Advertisement

“Kami masih mempunyai banyak masa dalam jendela perpindahan ini dan beberapa perkara lain lagi.

“Masa akan memberitahu kita tetapi saya rasa punca utamanya kerana sebarang keputusan berada di tangan Real Madrid.”

Bale, yang hanya diturunkan dua kali sebaik Madrid kembali menyambung baki kempen Jun lalu, tetap tersenarai dalam skuad Wales untuk menghadapi Liga Negara-Negara Eropah bertemu Finland dan Bulgaria, minggu ini.

“Kami semua fokus. Kami tidak mempunyai banyak masa untuk membuat persiapan untuk perlawanan ini. Saya belum sempat kembali berlatih — saya baru pulang daripada bercuti.

“Saya memastikan diri tetap cergas sepanjang musim panas. Kami hanya perlu bersiap sedia untuk Euro tahun depan. Sebelum itu kami mempunyai banyak perlawanan dan ia bermula pada Khamis (awal pagi esok).” – stadiumastro

Advertisement



Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Gareth Bale

Tempat Bale belum terjamin – Mourinho

Published

on

By

LONDON: Gareth Bale dijangka akan membuat kemunculan kali kedua bersama Tottenham berdepan West Ham malam ini namun Jose Mourinho mendakwa tempat buat bintang Wales itu masih belum terjamin ketika dia mendedahkan skuad baharunya.


Bale kembali ke utara London menerusi pinjaman selama setahun dari Real Madrid selepas melalui tujuh tahun turun naik sejak menyertai gergasi Sepanyol itu dengan rekod dunia ketika itu.

Dia menjaringkan gol dalam dua final Liga Juara-Juara ketika Madrid menang empat kali kejohanan berkenaan dalam lima tahun pertamanya di kelab itu.

Namun persembahan Bale juga menyebabkan banyak kritikan ketika dia bergelut dengan kecederaan dan jangkaan tinggi di Sepanyol.





Mourinho berkata semalam bahawa Sergio Reguilon, yang juga berpindah dari Madrid ke Spurs bulan lalu menyatakan bahawa Bale tampak “pemain berbeza” daripada individu pemalu di ibu kota Sepanyol itu.

Namun timbul persoalan sama ada dia boleh mencipta kembali kejayaan dikecapi ketika bersama Tottenham, apabila dia menjadi antara pemain terbaik dunia.




Advertisement

“Kami ada skuad dengan setiap pemain perlu bertarung dan bermain dengan sangat baik bagi mendapatkan tempat dalam pasukan,” kata Mourinho.

“Kami ada skuad yang sangat bagus, sangat kuat. Kami ada banyak pilihan kerana itu saya enggan berkata pemain ini adalah pilihan utama.” – AFP



Continue Reading

Gareth Bale

Gareth Bale tiba di Spurs, Perlu sebulan untuk beraksi

Published

on

By

PENYERANG Real Madrid, Gareth Bale tiba di padang latihan Tottenham Hotspur dekat Enfield bagi menandatangani kontrak kepulangan ke kelab lamanya itu.

Bale, 31, yang juga pemain kebangsaan Wales dilaporkan bakal menyertai semula Spurs secara pinjaman.



Bale menyertai Spurs dari Southampton pada 2007 sebelum menarik perhatian kelab gergasi Sepanyol dengan perpindahan mencatat rekod dunia £85 juta (RM452 juta) pada 2013.

Dia meledak lebih dari 100 gol buat Real dan memenangi empat trofi Liga Juara-Juara di kelab itu.

“Sehingga saya diberitahu Bale adalah pemain Tottenham, saya masih memikirkan dan berasa malah menghormati fakta bahawa dia adalah pemain Real Madrid,” kata bos Spurs, Jose Mourinho.

Dalam pada itu Tottenham dilaporkan menerima berita buruk mengenai Gareth Bale ketika penyerang Wales itu sudah menunggu lama untuk pulang ke kelab berkenaan.





Pemain berusia 31 tahun itu dan Sergio Reguilon kedua-duanya dilihat di padang latihan Tottenham semalam ketika mereka menantikan detik perpindahan ke kelab Liga Perdana itu.
Advertisement

Bale bagaimanapun mengalami kesan akibat kecederaan kecil pada bahagian lutut ketika tugasan antarabangsa bersama Wales awal bulan ini.

Dan kini dilaporkan bahawa penyokong Spurs ‘perlu menunggu sebulan’ untuk melihat Bale kembali memakai jersi Tottenham.





Ia bermakna Bale akan terlepas jadual padat skuad kendalian Jose Mourinho untuk beberapa minggu akan datang.

Bale akan diletakkan di bawah program kecergasan khusus bagi mempercepatkan pemulihan dan kesan akibat kurangnya perlawanan sejak kebelakangan ini.

Dia hanya bermain 215 minit bersama kelab dan negara sejak Februari. – Agensi



Advertisement
Continue Reading

Gareth Bale

Gareth Bale kembali ke Spurs

Published

on

By

LONDON: Gareth Bale dikatakan sudah melengkapkan kepulangan ke Tottenham hari ini dalam perpindahan yang dikemudi Jose Mourinho.

Pemain antarabangsa Wales itu sudah bersetuju dengan perjanjian setahun yang difahamkan Sportsmail bernilai lebih £13 juta (RM69.56 juta) – sebahagiannya akan dibayar Real Madrid – dan dia tidak sabar mengembalikan kariernya di kelab yang menaikkan namanya.


Masih belum ada petanda bila Tottenham – yang akan berdepan Lokomotiv Plovdiv pada Liga Europa awal pagi esok – akan membuat pengumuman rasmi tetapi ia akan dilakukan selepas beberapa isu kecil kontrak diselesaikan.





Bale kembali ke Utara London, tujuh tahun selepas dia dijual ke Madrid dengan rekod perpindahan dunia £90 juta (RM481.54 juta).

Mourinho percaya Tottenham perlukan Bale untuk menghidupkan semula bahagian serangan Tottenham dan perbincangan itu semakin rancak selepas pertemuan dengan Pengerusi, Daniel Levy.





Difahamkan tiada pertukaran pemain dilakukan dalam proses berkenaan. – Agensi



Advertisement
Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY