Connect with us

Gareth Bale

Bale gagal menyerlah

Published

on

BINTANG Real Madrid yang tersisih, Gareth Bale diturunkan dalam kesebelasan utama skuad Wales sebelum dikeluarkan pada rehat separuh masa ketika pasukan itu menang 1-0 ke atas Finland dalam aksi Kumpulan 4, Liga Negara, di Helsinki, pagi ini.



Kieffer Moore menjaringkan gol kemenangan itu ketika berbaki 10 minit terakhir perlawanan.

“Gareth Bale tidak mempunyai banyak peluang beraksi dalam saingan bola sepak sebenar.





“Dia perlu mendapat rentak permainan pasukan.

“Saya fikir adalah lebih baik membawanya keluar menjelang perlawanan Ahad ini.” kata jurulatih Wales, Ryan Giggs.





Wales akan melayan kunjungan Bulgaria pada Ahad ini, lawan yang seri 1-1 berdepan Republik Ireland di Sofia.
Advertisement

Bozhidar Kraev meletakkan Bulgaria di depan sebelum tandukan Shane Duffy pada minit kecederaan menyamakan kedudukan buat Ireland dalam perlawanan pertama mereka di bawah kendalian pengurus baru, Stephen Kenny.



Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Gareth Bale

Tempat Bale belum terjamin – Mourinho

Published

on

By

LONDON: Gareth Bale dijangka akan membuat kemunculan kali kedua bersama Tottenham berdepan West Ham malam ini namun Jose Mourinho mendakwa tempat buat bintang Wales itu masih belum terjamin ketika dia mendedahkan skuad baharunya.


Bale kembali ke utara London menerusi pinjaman selama setahun dari Real Madrid selepas melalui tujuh tahun turun naik sejak menyertai gergasi Sepanyol itu dengan rekod dunia ketika itu.

Dia menjaringkan gol dalam dua final Liga Juara-Juara ketika Madrid menang empat kali kejohanan berkenaan dalam lima tahun pertamanya di kelab itu.

Namun persembahan Bale juga menyebabkan banyak kritikan ketika dia bergelut dengan kecederaan dan jangkaan tinggi di Sepanyol.





Mourinho berkata semalam bahawa Sergio Reguilon, yang juga berpindah dari Madrid ke Spurs bulan lalu menyatakan bahawa Bale tampak “pemain berbeza” daripada individu pemalu di ibu kota Sepanyol itu.

Namun timbul persoalan sama ada dia boleh mencipta kembali kejayaan dikecapi ketika bersama Tottenham, apabila dia menjadi antara pemain terbaik dunia.




Advertisement

“Kami ada skuad dengan setiap pemain perlu bertarung dan bermain dengan sangat baik bagi mendapatkan tempat dalam pasukan,” kata Mourinho.

“Kami ada skuad yang sangat bagus, sangat kuat. Kami ada banyak pilihan kerana itu saya enggan berkata pemain ini adalah pilihan utama.” – AFP



Continue Reading

Gareth Bale

Gareth Bale tiba di Spurs, Perlu sebulan untuk beraksi

Published

on

By

PENYERANG Real Madrid, Gareth Bale tiba di padang latihan Tottenham Hotspur dekat Enfield bagi menandatangani kontrak kepulangan ke kelab lamanya itu.

Bale, 31, yang juga pemain kebangsaan Wales dilaporkan bakal menyertai semula Spurs secara pinjaman.



Bale menyertai Spurs dari Southampton pada 2007 sebelum menarik perhatian kelab gergasi Sepanyol dengan perpindahan mencatat rekod dunia £85 juta (RM452 juta) pada 2013.

Dia meledak lebih dari 100 gol buat Real dan memenangi empat trofi Liga Juara-Juara di kelab itu.

“Sehingga saya diberitahu Bale adalah pemain Tottenham, saya masih memikirkan dan berasa malah menghormati fakta bahawa dia adalah pemain Real Madrid,” kata bos Spurs, Jose Mourinho.

Dalam pada itu Tottenham dilaporkan menerima berita buruk mengenai Gareth Bale ketika penyerang Wales itu sudah menunggu lama untuk pulang ke kelab berkenaan.





Pemain berusia 31 tahun itu dan Sergio Reguilon kedua-duanya dilihat di padang latihan Tottenham semalam ketika mereka menantikan detik perpindahan ke kelab Liga Perdana itu.
Advertisement

Bale bagaimanapun mengalami kesan akibat kecederaan kecil pada bahagian lutut ketika tugasan antarabangsa bersama Wales awal bulan ini.

Dan kini dilaporkan bahawa penyokong Spurs ‘perlu menunggu sebulan’ untuk melihat Bale kembali memakai jersi Tottenham.





Ia bermakna Bale akan terlepas jadual padat skuad kendalian Jose Mourinho untuk beberapa minggu akan datang.

Bale akan diletakkan di bawah program kecergasan khusus bagi mempercepatkan pemulihan dan kesan akibat kurangnya perlawanan sejak kebelakangan ini.

Dia hanya bermain 215 minit bersama kelab dan negara sejak Februari. – Agensi



Advertisement
Continue Reading

Gareth Bale

Gareth Bale kembali ke Spurs

Published

on

By

LONDON: Gareth Bale dikatakan sudah melengkapkan kepulangan ke Tottenham hari ini dalam perpindahan yang dikemudi Jose Mourinho.

Pemain antarabangsa Wales itu sudah bersetuju dengan perjanjian setahun yang difahamkan Sportsmail bernilai lebih £13 juta (RM69.56 juta) – sebahagiannya akan dibayar Real Madrid – dan dia tidak sabar mengembalikan kariernya di kelab yang menaikkan namanya.


Masih belum ada petanda bila Tottenham – yang akan berdepan Lokomotiv Plovdiv pada Liga Europa awal pagi esok – akan membuat pengumuman rasmi tetapi ia akan dilakukan selepas beberapa isu kecil kontrak diselesaikan.





Bale kembali ke Utara London, tujuh tahun selepas dia dijual ke Madrid dengan rekod perpindahan dunia £90 juta (RM481.54 juta).

Mourinho percaya Tottenham perlukan Bale untuk menghidupkan semula bahagian serangan Tottenham dan perbincangan itu semakin rancak selepas pertemuan dengan Pengerusi, Daniel Levy.





Difahamkan tiada pertukaran pemain dilakukan dalam proses berkenaan. – Agensi



Advertisement
Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY