Sumareh sarung jersi no.13 di Police Tero FC

Enam hari sebelum Liga Thai yang akan membuka, Police Tero FC, mengumumkan pemain kebangsaan, Mohamadou Sumareh, bakal mewarnai kancah itu dengan menyarung jersi nombor 13.



Dalam masa sama, kelab divisyen utama Asia Tenggara itu mengumumkan pemain kelahiran Gambia berkenaan berdepan kekangan untuk turun ke padang kerana perlu menjalani proses kuarantin terlebih dahulu menjelang aksi berdepan Port FC, Ahad ini.

Sumareh dilanda kontroversi hujung bulan lalu selepas didakwa tidak menghadiri latihan bersama Pahang, yang kini mengharungi Liga Super, sejak Julai lalu kerana berkaitan isu gaji.




Berdasarkan peraturan perpindahan pemain yang ditetapkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) edisi Jun lalu termasuk perubahan berkaitan isu COVID-19, sebarang perpindahan pemain masih memerlukan sijil perpindahan antarabangsa (ITC) selain seseorang pemain itu hanya dibenarkan didaftarkan untuk sebuah kelab sahaja dalam satu masa.