Connect with us

Sumareh

Tiada maaf buat Sumareh

Published

on

“DIA datang merayu hingga menangis air mata darah sekali pun, Pahang tetap akan teruskan tindakan undang-undang kepadanya kerana apa yang dilakukan sekarang ini cukup menjatuhkan maruah pasukan.

Itu antara tindakan nekad pengurusan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) terhadap tonggak naturalisasi pertama negara Mohamadou Sumareh.



Malah, PBNP ketika ini menerusi peguam yang dilantik sudah pun menghantar segala dokumentasi termasuk bukti menerusi surat perjanjian, khidmat pesanan Whatsapp dan perjumpaan bersama pemain itu sebelum ini untuk tindakan susulan.

Menurut sumber PBNP berkata, pihaknya menyerahkan segalanya kepada peguam untuk mengambil tindakan sewajarnya termasuk berkaitan tuntutan kepada Sumareh berikutan tindakan pemain itu yang menghilangkan diri. Beliau berkata, ketika ini PBNP sudah menutup ruang perbincangan bersama pemain terbabit selepas pelbagai tuduhan dilemparkan kepada badan induk bola sepak negeri itu termasuk berkaitan tunggakan gaji.

“Pengurusan PBNP sudah mengadakan perbincangan untuk mengenalpasti bentuk tindakan yang boleh diambil kepada Sumareh.

“Ketika ini, walaupun Sumareh merayu untuk meminta Pahang mengeluarkan Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC), PBNP tidak akan berbuat demikian sehingga mendapat keadilan sewajarnya.

Advertisement

“Berkaitan tuntutan yang perlu dibayar, PBNP pula setakat ini menyerahkan kepada peguam untuk menentukan jumlah berkenaan,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.





Sebelum itu, kemelut perpindahan Sumareh memasuki episod baharu apabila ITC yang dipohon Persatuan Bolasepak Thailand (FA Thailand) ditolak oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Berikutan itu, FA Thailand mengambil ‘jalan pintas’ dengan memohon ITC sementara daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) bagi membolehkan Sumareh beraksi dengan kelab Police Tero FC di liga negara itu.

Menurut Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi, kes Sumareh masih belum diputuskan oleh mana-mana jawatankuasa FAM mengenai aduannya ke atas PBNP yang dikatakan gagal melunaskan tunggakan gajinya hingga mengaktifkan klausa 8.7 untuk menamatkan kontrak bersama skuad Tok Gajah.





Mengikut rekod, pemain sayap berusia 26 tahun itu mencetuskan kontroversi apabila dilaporkan tidak menyertai latihan bersama skuad Pahang sejak sebulan lalu.

Difahamkan, dia bertindak demikian kerana masalah pembayaran gaji dengan PBNP sekali gus memilih untuk memohon penamatan kontrak secara sebelah pihak dengan mengaktifkan klausa 8.7. HMetro



Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sumareh

Sumareh dicabar bersihkan nama Selangor FC

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Bintang baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohamadou Sumareh digesa tampil membersihkan nama Selangor FC di sebalik pembocoran tawaran kontrak diberikan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) kepada beliau musim lalu.



Tonggak skuad kebangsaan itu turut disaran membuat permohonan maaf atas tangkap layar perbincangan antara beliau dan pegawai FAS yang tular sehingga mengaitkan nama Selangor FC dalam kontroversi isu penamatan kontrak bersama Pahang.

Legenda bola sepak negara, Khalid Ali berkata pembocoran maklumat sulit itu tidak mencerminkan sikap profesional dan tanggapan buruk yang wujud terhadap Selangor FC disebabkan keadaan itu amat mendukacitakan seluruh peminat skuad Gergasi Merah.

Katanya, Sumareh perlu berterus-terang selepas Selangor FC diburukkan dengan anggapan pasukan berkenaan yang menjadi dalang Sumareh mengambil keputusan menamatkan baki kontrak sehingga 2022 bersama skuad Tok Gajah sekali gus menyertai kelab Liga Thailand, Police Tero FC.

“Selangor diburukkan sehingga ramai marah termasuk Pahang. Jadi sekarang kita tahulah keadaan sebenar perancangan dia (Sumareh) ingin ke JDT. Tak dinafikan dengan fasiliti dan masa depan yang baik, ramai pemain di Malaysia ingin bermain di sana,” katanya kepada Bernama, hari ini.





“Tetapi ketika ini sebagai bekas pemain Selangor saya kecil hati dan dukacita sebab sebenarnya bukan Selangor menjadi punca tetapi Selangor yang dikecam. Sumareh kena tampil ke hadapan dan ceritakan keadaan sebenar di sebalik perkara itu,”.

Mengulas mengenai isu Sumareh dan Pahang, Bernama melaporkan Khalid pernah berkata keputusan Sumareh menyertai Police Tero FC pada September lalu mungkin sebagai satu persinggahan sementara dan suatu ‘tempoh bertenang’ sebelum menyertai pasukan seterusnya.

Advertisement

Sejurus itu, tular di media sosial salinan tawaran kontrak FAS kepada Sumareh serta tangkap layar perbualan mengenai perpindahan antara beliau dan pegawai FAS sekali gus menamatkan khabar angin bertiup kencang mengaitkan JDT dalam kemelut itu, sebelum ini.

Jelas Khalid, FAS ketika itu seperti dijadikan kambing hitam sedangkan persatuan itu bertindak secara profesional apabila berbincang bersama pemain terlebih dahulu sebelum melakukan usaha mencapai persetujuan di peringkat antara kelab.

“Jelas tindakan dan permainan politik dia itu memang hanya beri kesan negatif kepada Selangor dan mencemar nama baik Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Presiden FAS.

“Jadi beliau kena minta maaf atas perbuatan dia itu yang sehingga kini kita rasa tindakan itu tidak patut dihormati,” katanya.





Semalam, Sumareh, yang juga pemain naturalisasi pertama negara, sah diperkenalkan sebagai pemain baharu JDT musim 2021 selepas lebih sebulan dilaporkan meninggalkan Police Tero FC pada Disember lalu.

Sementara itu, legenda bola sepak Pahang, Datuk Jamal Nasir Ismail enggan mengulas mengenai kemelut Pahang dan Sumareh yang kini dirujuk ke Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), namun beliau menggesa semua pihak mengambil iktibar daripada kontroversi itu.

Advertisement

Bekas pertahanan kental skuad kebangsaan itu, bagaimanapun, menggesa pasukan tempatan supaya lebih profesional dan serius berhubung soal gaji, kontrak dan kebajikan untuk memastikan pemain berasa selamat sekali gus beraksi dengan baik.

Selain menamatkan kontrak bersama Pahang tahun lalu, Sumareh turut membuat aduan rasmi kepada FIFA selepas mendakwa terdapat keculasan berhubung pembayaran gaji ketika bersama Pahang.

FIFA baru-baru ini dilaporkan mengarahkan Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) membayar tuntutan berjumlah AS$1.2 juta (kira-kira RM4.9 juta) kepada Sumareh. – BERNAMA



Advertisement
Continue Reading

Sumareh

Gaji Sumareh cecah RM163,000?

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang mengarahkan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) membayar sehingga RM4.9 juta kepada bekas pemainnya, Mohamadou Sumareh jelas menimbulkan satu persoalan yang begitu besar.




Ini kerana jumlah bayaran yang diumumkan badan induk antarabangsa itu termasuklah jumlah kenaikan tahunan terkumpul yang tidak dibayar dengan pelanggaran kontrak untuk 2020 dan 2021 sekali gus menjadi jumlah terbesar yang dimenangi pemain di Liga M.

Jadi, berapakah sebenarnya gaji yang dibayar PBNP kepada Sumareh sehingga mereka terpaksa ‘lebur’ hampir RM5 juta selepas bekas pemain itu mengheret kes terbabit ke pengetahuan FIFA?

Namun, jumlah itu sebenarnya tidak mengejutkan kerana sumber mendedahkan, gaji bekas pemain Police Tero itu adalah terlalu ‘mahal’ selain dia sepatutnya menerima kenaikan gaji sebanyak RM20,350 setiap tahun sehingga kontraknya berakhir pada 2022.





Menurutnya, pemain itu sepatutnya menerima sekitar RM163,000 pada tahun keempatnya bersama Pahang namun pemain itu mendakwa gajinya tidak berubah sejak menyertai skuad Tok Gajah pada 2017.

Mengulas mengenai situasi itu, peguam undang-undang sukan, Zhafri Aminurashid menjelaskan jumlah pampasan setinggi RM4.9 juta itu perlu dibayar PBNP memandangkan pemain itu mempunyai tempoh kontrak yang masih panjang bersama pasukan terbabit.

Advertisement

Susulan itu, Zhafri menyatakan itu menjadi punca jumlah pampasan terbabit menjadi tinggi seperti yang diarahkan oleh FIFA.

“Jumlah itu pastinya bukannya jumlah hutang gaji semata-mata disebabkan pemain sudah menamatkan kontraknya bersama PBNP yang menyebabkan PBNP terpaksa membayar pampasan selaras dengan baki kontrak pemain itu bersama mereka.




“Secara majoritinya, apa yang PBNP perlu bayar adalah pampasan selepas Sumareh menamatkan kontraknya sebelah pihak dengan alasan yang munasabah.

“Secara ringkasnya, pemain akan mendapat pampasan yang bersamaan dengan baki tempoh kontrak, pampasan menamatkan kontrak sebelah pihak dan pampasan berkaitan tingkah laku PBNP,” katanya.

Advertisement

Jumlah terbabit jelas memberi ‘bala’ kepada PBNP sebelum mengharungi musim baharu tetapi bekas pengurus Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang mengesahkan pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada badan bola sepak dunia itu termasuk mendapatkan alasan penghakiman. – Berita Harian



Continue Reading

Sumareh

Sumareh bakal sertai JDT?

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Ketika heboh berita mengenai Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengarahkan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) membayar AS$1.2 juta (kira-kira RM4.9 juta) kepada Mohamadou Sumareh, timbul juga cerita lain mengenai pemain itu.


Ia selepas bekas pemain Pahang itu didakwa bakal menyertai pesaing skuad Tok Gajah yang juga juara Liga Super tujuh kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Perkhabaran itu kini bertiup kencang di media sosial dengan ada yang mendakwa pemain berusia 26 tahun itu semakin hampir menyarung jersi skuad Harimau Selatan itu.




Bagaimanapun belum ada kenyataan rasmi daripada Sumareh atau pun JDT sendiri mengenainya.

Malah, ketika dihubungi BH Sukan untuk mendapatkan komennya mengenai arahan FIFA kepada PBNP juga, pemain naturalisasi pertama negara itu tidak memberikan sebarang respon.

Advertisement

Sebelum ini Sumareh berkelana ke Liga Thailand bersama kelab Police Tero FC selama beberapa bulan selepas meninggalkan Pahang dengan mengaktifkan klausa 8.7 dalam kontraknya.





Dia kemudian mengesahkan kembali ke Malaysia sambil menyifatkan pengalaman bersama Police Tero di Liga Thailand memberi banyak faedah buat kariernya.

Bukan berita mengejutkan jika benar Sumareh menyertai JDT kerana sebelum ini sudah banyak spekulasi mengaitkannya dengan skuad Harimau Selatan terutama selepas nekad meninggalkan Pahang. – Berita Harian



Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY