Gareth Bale kembali ke Spurs

LONDON: Gareth Bale dikatakan sudah melengkapkan kepulangan ke Tottenham hari ini dalam perpindahan yang dikemudi Jose Mourinho.

Pemain antarabangsa Wales itu sudah bersetuju dengan perjanjian setahun yang difahamkan Sportsmail bernilai lebih £13 juta (RM69.56 juta) – sebahagiannya akan dibayar Real Madrid – dan dia tidak sabar mengembalikan kariernya di kelab yang menaikkan namanya.


Masih belum ada petanda bila Tottenham – yang akan berdepan Lokomotiv Plovdiv pada Liga Europa awal pagi esok – akan membuat pengumuman rasmi tetapi ia akan dilakukan selepas beberapa isu kecil kontrak diselesaikan.





Bale kembali ke Utara London, tujuh tahun selepas dia dijual ke Madrid dengan rekod perpindahan dunia £90 juta (RM481.54 juta).

Mourinho percaya Tottenham perlukan Bale untuk menghidupkan semula bahagian serangan Tottenham dan perbincangan itu semakin rancak selepas pertemuan dengan Pengerusi, Daniel Levy.





Difahamkan tiada pertukaran pemain dilakukan dalam proses berkenaan. – Agensi