Connect with us

Kelantan

Zambuger lunas gaji bekas pemain Kelantan

Published

on

MASALAH gaji yang dihadapi pegawai dan bekas pemain Kelantan sejak tiga tahun lalu akhirnya terlerai selepas pemilik baru pasukan itu, Norizam Tukiman melunaskan bayaran RM2.4 juta.

Bayaran dibuat secara penuh kepada 15 pegawai dan pemain yang pernah beraksi untuk The Red Warrior (TRW) bagi musim 2017 hingga 2019.


Ini termasuk kepada beberapa bintang bola sepak seperti bekas kapten pasukan, Mohd Badhri Radzi atau Piya dan pemain lain seperti Khairul Fahmi Che Mat, Branden Gan, Flavio Beck Junior, Bruno Lopez, Alaeddine Bouslimi, Alessandro Celin, Seydi L Imam, Mohd Farisham Shah Rosli, Amiridzwan Taj Tajuddin dan Mohd Nor Farhan Mohamad.

Manakala, bagi pegawai pula, bayaran gaji dibuat kepada Sathit Bensoh, Mohd Hisham Jainuddin, Mohd Hashim Mustapa dan Yusri Che Lah yang juga Ketua Jurulatih pasukan Kelantan ketika ini.

Norizam berkata, pihaknya turut membuat bayaran tunggakan gaji untuk enam bulan terkini bagi pemain dan pegawai pasukan semasa yang beraksi di Liga Perdana membabitkan keseluruhan bayaran RM3.6 juta.





Katanya, bagaimanapun hutang selebihnya membabitkan beberapa lagi pemain dan pegawai akan diselesaikan secara berjadual dan sudah dimaklumkan kepada pihak yang berkenaan.
Advertisement

“Saya bersyukur dapat melunaskan bayaran ini lebih awal dan berharap dengan tindakan ini, TRW dapat diberikan lesen untuk bersaing dalam Liga Malaysia, tahun depan.

“Saya juga mahu dengan bantuan yang diberikan pemain mampu membalasnya dengan memberikan sepenuh tumpuan kepada prestasi permainan,” katanya.

Zambuger berkata, dia turut akan memberi perhatian kepada isu tunggakan gaji membabitkan pemain Piala Presiden dan Belia namun terlebih dahulu mahu menyelesaikan kemelut kewangan TRW.





“Bagaimanapun, perbincangan lanjut akan saya buat dengan pihak Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), apa yang penting, sekarang ini saya mahu dapatkan lesen sah untuk TRW mendapat tempat dalam saingan Liga M, musim depan,” katanya.

Laman rasmi Facebook kelab itu, TRW Kelantan FC memuat naik kenyataan media berhubung pembayaran gaji berkenaan.

Khabar gembira itu mendapat perhatian pelbagai dari peminat dan tidak ketinggalan yang mengucapkan syabas kepada kepimpinan Zambuger yang baru tiga minggu ‘mengepalai’ badan induk bola sepak negeri itu dan serius mengotakan janji. Harian Metro

Advertisement



Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kelantan

Zamsaham tetap kena tanggung hutang KAFA

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Sekalipun sudah melengkapkan proses penswastaan, pasukan yang baharu diswastakan itu masih boleh dihukum atas kesalahan yang dilakukan ‘pemilik terdahulu’.

Perkara itu dimaklumkan peguam undang undang sukan, Zhafri Aminurashid yang menjelaskan peruntukan itu termaktub dalam Artikel 24ter Undang Undang Status dan Perpindahan Pemain (Edisi Januari 2021) Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).



“Berdasarkan artikel terbabit, jelas menyatakan sekiranya sesuatu kelab menggunakan slot atau tempat yang diterima daripada entiti yang sebelumnya adalah dikenali sebagai ‘sporting successor.’

“Sehubungan itu, kesemua liabiliti dan hukuman boleh dilanjutkan kepada pemilik yang baharu jika menggunakan slot atau tempat entiti yang mempunyai kes atau hukuman terdahulu.





Peminat ada kuasa pilih CEO, jurulatih TRW
“Saya lihat masalah di sini lebih kepada pemilik baharu terbabit (Norizam Tukiman) tidak mendapat maklumat penuh dan terperinci berkaitan dengan kes-kes yang akan dimulakan, sedang dibicara ataupun yang sudah menerima keputusan atau hukuman,” katanya.

Terdahulu, Norizam yang juga pemilik pasukan Kelantan FC, meluahkan ketidakpuasan hatinya susulan kenyataan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang mengatakan Kelantan FC bakal berdepan pemotongan tiga mata jika Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) gagal melunaskan tunggakan gaji bekas 11 pemainnya.





Memetik satu kenyataan di akaun Facebook Zamsaham, Norizam mengesahkan persatuan terbabit sudah menjelaskan mereka bersedia melunaskan baki hutang terbabit sementara Kelantan FC pula akan terus fokus untuk memandang ke hadapan.

Justeru, Norizam berpendapat badan induk itu seharusnya membantu supaya urusan penswastaan dapat berjalan dengan lebih lancar dan tidak sekadar berfikir untuk menjatuhkan hukuman kepada mana-mana pasukan.

Advertisement

“KAFA dah jelaskan baki hutang mereka akan bayar. Kelantan FC dah nak fokus ke depan. Penswastaan yang kurang bijak. Hutang KAFA, denda ke Kelantan FC. Apa guna swasta?,”

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Status FAM Mohd Joehari Ayub dilaporkan berkata 11 bekas pemain Kelantan telah membuat tuntutan rasmi berjumlah RM187,778.92 kepada KAFA dan badan induk itu dikehendaki membayar tuntutan berkenaan.



Continue Reading

Kelantan

Tipu pemilik TRW, Kelantan FC mahu ambil tindakan undang-undang

Published

on

By

KELANTAN FC akan mengambil tindakan undang-undang terhadap empat individu berpengaruh dalam bola sepak tempatan yang dipercayai menipu pemilik kelab itu, Norizam Tukiman.




Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan Kelantan FC, mereka memberi tempoh sehingga 26 November ini kepada keempat-empat individu tersebut melangsaikan hutang dan memenuhi semua perjanjian termasuk ganti rugi.

“Pihak Kelantan FC sudah menerima surat permohonan maaf dan penangguhan kali kedua pada jam 2.30 petang daripada wakil empat individu yang terlibat dalam penipuan ini.





“Mereka berjanji melangsaikan hutang dan memenuhi semua perjanjian termasuk ganti rugi yang dijanjikan sebelum 26 November ini.

“Selepas tarikh itu, jika mereka gagal melaksanakannya, kami akan meneruskan dengan tindakan undang-undang termasuk saman bagi mendapatkan ganti rugi atas kerosakan yang telah berlaku,” kata kenyataan itu.




Pada awal September lalu, Norizam yang juga usahawan dan pakar pelaburan sah mengambil alih 100 peratus saham syarikat Team The Red Warriors (TRW) Sdn Bhd., anak syarikat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Advertisement

Sejak menerajui TRW, Norizam atau lebih terkenal dengan panggilan Zamburger berjaya menyelesaikan masalah gaji pemain dan pegawai TRW selain beban hutang yang ditanggung Kelantan.



Continue Reading

Kelantan

‘Logo baharu’ Kelantan FC curi tumpuan

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Logo baharu Kelantan FC yang memaparkan seekor rusa dengan warna rasmi bendera negeri, merah putih mencuri tumpuan penyokong The Red Warriors (TRW).

Logo ciptaan Muhammad Afiff Hakimi Anuar itu memenangi pertandingan mencipta logo yang dianjurkan Kelantan.


Menurut Facebook TRW Kelantan FC, logo itu dipilih sendiri oleh pemilik kelab, Norizam Tukiman.

“Pemenang utama akan membawa wang tunai RM3,000.

“Bagi logo yang terpilih dalam senarai 10 terbaik akan menerima jersi eksklusif dari TRW Kelantan FC.




Advertisement

“Logo yang dipilih bukan logo muktamad tetapi akan diubah mengikut kesesuaian dan citarasa pemilik TRW Kelantan FC,” tulis Kelantan FC semalam.

Logo ciptaan Muhammad Afiff itu mendapat pelbagai reaksi daripada penyokong TRW, namun rata-rata meminta kelab menukar rusa menjadi kijang yang merupakan identiti sebenar Kelantan.




Bagaimanapun secara keseluruhan, kebanyakan penyokong ‘berkenan’ dengan logo tersebut dan hanya meminta TRW membuat sedikit penyesuaian untuk menjadikannya lebih menarik.

Logo tersebut juga mempunyai maksud tersendiri, contohnya 10 belang merah yang sinonim dengan warna bendera Kelantan mewakili 10 daerah di negeri itu yang bergabung menyokong kebangkitan bola sepak Kelantan.



Advertisement
Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY