Piya lega, Norizam habiskan RM3.6 juta untuk langsai hutang Kelantan

KUALA LUMPUR: Bekas kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi mengakui lega selepas perjuangannya menuntut tunggakan gaji dengan pasukan itu akhirnya membuahkan hasil.

Ia selepas pemilik baharu Team Red Warriors Sdn Bhd (TRW), Norizam Tukiman dilaporkan sudah menyelesaikan tuntutan tunggakan gaji Mohd Badhri bersama 14 lagi bekas pemain dan pegawai pasukan itu, kelmarin.


Malah, Mohd Badhri atau Piya turut memuji usaha Norizam yang dilihat benar-benar serius dalam menyelamat dan menaikkan semula TRW yang pernah bergelar pasukan gergasi dalam kancah Liga Malaysia.

“Terima kasih kepada pemilik baharu TRW dan kita sangat berharap beliau boleh melakukan perubahan dalam menaikkan kembali pasukan Kelantan.

“Sebagai bekas pemain, saya juga sebenarnya sedih melihat nasib pasukan Kelantan sebelum ini dan sangat berharap TRW boleh meningkat kembali menjadi pasukan yang digeruni,” katanya kepada BH Sukan.





Semalam, TRW mengeluarkan kenyataan bahawa sudah melunaskan tunggakan gaji membabitkan 15 bekas pemain dan pegawai pasukan itu.

Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham sebelum ini menegaskan fokus utama beliau ketika ini bagi membayar hutang lapuk TRW dan memastikan pasukan itu tidak berdepan masalah dalam mendapatkan lesen beraksi dalam liga musim depan.
a




Norizam Tukiman membuktikan beliau bukan ‘bercakap kosong’ apabila melunaskan semua hutang The Red Warriors (TRW) meskipun baru tiga ming­gu menjadi pemilik pasukan.

Tindakan itu secara tidak langsung memperlihatkan kesungguhan Norizam atau Zamsaham untuk mengembalikan semula reputasi TRW sebagai gergasi bola sepak tempatan selepas mengambil alih pasukan awal bulan ini. Secara keseluruhan, beliau mengeluarkan RM3.6 juta untuk membayar hutang.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *