TMJ dedah Sumareh ke Selangor musim depan

Peminat bola sepak tempatan dikejutkan dengan pendedahan TMJ laman instagram ‘story‘ berkenaan kontrak rasmi Selangor ditawarkan kepada bekas pemain Pahang, Mohamadou Sumareh yang bakal menyertai kelab Thailand, Police Tero dalam masa terdekat.

Pendedahan itu adalah untuk menjawab komen daripada lagenda bola sepak tanah air Khalid Ali beberapa hari lalu.


Khalid sebelum ini menyifatkan penghijrahan ke Thailand itu bersifat sementara dan Sumareh akan kembali bermain dengan pasukan yang diidami.

BACA: Bukan rancangan Sumareh tapi taktik rapi pasukan lain

Berdasarkan isu yang semakin panas itu, Khalid turut merasakan ada perancangan tersusun yang lain disebalik tindakan berani Sumareh meninggalkan pasukan yang bertanggungjawab menaturalisasikan beliau.





Berdasarkan kontrak tersebut, Sumareh ditawarkan gaji sebanyak USD17,000.00 (RM70,482.00) sebulan tidak termasuk bonus serta elaun tambahan namun melalui perbualan aplikasi whatsapp bersama Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon, Sumareh mahu FAS naikkan gaji kepada USD20,000 sebulan.

Bagaimanapun, Dr. Johan menyatakan beliau sedia mempertimbangkan kenaikan gaji itu tetapi belum buat sebarang keputusan mengenai permintaan Sumareh yang bakal berangkat ke Thailand pada hari selasa ini.

Sumareh sebelum ini mencetus kontroversi apabila meninggalkan pasukan Pahang tanpa memaklumkan kepada pihak pengurusan.




ANTARA BUTIRAN KONTRAK YANG DIDEDAHKAN OLEH TMJ

Beliau yang masih mempunyai kontrak dengan Pahang sehingga tahun 2022 mengambil tindakan keluar daripada skuad tok gajah kerana dikatakan tidak dibayar gaji selama beberapa bulan sehingga klausa 8.7 diaktifkan.

Bagaimanapun, Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dalam satu kenyataan rasmi menafikan pemain naturalisasi itu tidak dibayar gaji kerana semua urusan pembayaran sudah diselesaikan berdasarkan perjanjian yang dipersetujui bersama pada 26 Ogos 2020. – VocketFC