Connect with us

Selangor

Sathianathan terkilan tak sempat selesaikan beberapa perkara

Published

on

KETUA Jurulatih Selangor, B Sathianathan mengakui menyesal dengan beberapa perkara yang tidak sempat dilakukannya selepas dipecat selaku pengendali skuad Gergasi Merah berkuat kuasa serta-merta semalam.

Menurutnya, beliau yakin masih mampu untuk membawa Selangor mengakhiri saingan CIMB Liga Super musim ini dalam kelompok tiga terbaik sekiranya terus mendapat kepercayaan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).


“Saya tetap bangga sebab saya jadi pengendali Selangor, tetapi saya tidak dapat menjalankan tugas dan apa yang saya nak buat. Saya tahu dengan tiga perlawanan akan datang dan menentang pasukan yang saya fikir boleh dapat sembilan mata, kedudukan Selangor akan berubah.

“Kalau kita nasib baik mungkin dapat berada di kedudukan kedua, jika tidak peluang sangat cerah untuk berada di kedudukan ketiga liga. Malah, dalam saingan Piala Malaysia, jika kesemua pemain cergas dan tidak cedera, kemungkinan Piala Malaysia pun kita boleh harapkan sesuatu.

“Itulah harapan dan apa yang saya nak buat. Kalau kita ambil contoh selepas liga bersambung semula akibat Covid-19, dua perlawanan yang kita seri menentang PJ City FC dan Melaka United sepatutnya kita menang. Kalau lihat statistik, kita ada banyak peluang untuk menjaringkan gol.





“Jika menang kita sudah berada di kedudukan kedua dengan 14 mata ketika ini. Tetapi, itulah perkara-perkara kecil yang buat saya sedikit menyesal dan tidak berlaku seperti yang diharapkan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Advertisement

Terdahulu, Sathianathan dipecat oleh FAS berkuat kuasa serta-merta semalam selepas prestasi kurang memuaskan skuad Gergasi Merah selain kekalahan memalukan 1-6 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan CIMB Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri Sabtu lalu.

Sathianathan yang juga bekas pengendali skuad kebangsaan, Kelantan, Felda United, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tetap menghormati keputusan FAS tersebut dan mendoakan yang terbaik buat Selangor pada masa akan datang.

“Saya juga ucapkan terima kasih kepada pemain Selangor yang memberikan kerjasama kepada saya dan memberikan yang terbaik sepanjang saya mengendalikan pasukan. Saya menikmati setiap detik sepanjang hampir dua tahun saya di Selangor,” jelasnya.




Kekosongan posisi yang ditinggalkan Sathianathan menyaksikan Pengarah Teknikal FAS, Michael Feichtenbeiner diberi tanggungjawab membimbing Gergasi Merah buat sementara sehingga FAS mendapat ketua jurulatih baharu.

Advertisement

Dalam pada itu, FAS dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan untuk menamatkan khidmat Sathianathan dibuat selepas membuat penilaian dan mengambil kira kesemua prestasi semasa pasukan.

“FAS ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada B Sathianathan atas khidmat beliau mengemudi pasukan. Beliau telah membawa pasukan berada di kedudukan ketiga Liga Super 2019 serta mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia musim lalu,” kata kenyataan itu.



Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Selangor

Selangor FC tiada masalah tempoh latihan singkat

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Ketua Jurulatih Selangor FC, Karsten Neitzel sedang memperhalusi strategi ‘rahsia’ dalam memastikan tempoh latihan singkat dapat memberi impak yang maksimum kepada skuad Red Giants menjelang sepak mula Liga Malaysia (Liga M) pada 5 Mac ini.

Hanya memiliki masa kurang dari tiga minggu untuk mengadakan latihan bermula esok, semua pasukan bertanding termasuk Selangor perlu melakukan latihan berbeza dari biasa.



“Sudah tentu semua peminat bola sepak gembira bahawa sukan ini akan kembali tidak lama lagi dan ini juga berita yang dinantikan oleh semua pegawai dan pemain Selangor FC,” kata Neitzel.

“Namun, dengan tempoh kurang dari tiga minggu untuk persiapan, setiap jurulatih perlu merancang sesi latihan dengan cermat dan teliti, supaya pemain akan mendapatkan hasil yang maksimum.

“Pada masa yang sama, kita perlu memastikan bahawa mereka (pemain) tidak mendapat sebarang kecederaan sebelum liga bermula.





“Selebihnya, saya dan semua jurulatih Selangor FC akan melakukan yang terdaya untuk mengembalikan kecergasan perlawanan pemain Red Giants secepat mungkin kerana kami mahukan kejayaan. Kerana ini adalah matlamat kami untuk musim yang akan datang.”

Selangor dianggap salah satu pasukan yang mampu menjadi pesaing merebut kejuaraan dalam Liga M musim ini berdasarkan langkah mereka mengikat beberapa pemain bintang serta membawa masuk Neitzel yang diharap dapat menerapkan falsafah bola sepak Jerman.





Untuk rekod, Selangor FC dalam satu kenyataan di laman sesawang rasmi mereka merancang tiga perlawanan persahabatan sebelum perlawanan pertama liga.
Advertisement

Ia bagi menilai kesefahaman dan kesesuaian pemain dengan corak permainan selain memastikan mereka berada dalam keadaan terbaik sama ada dari segi fizikal dan mental.



Continue Reading

Selangor

Import Jerman perkukuh benteng Selangor

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Pemain import Jerman, Tim Heubach sah menyertai Selangor bagi memperkukuhkan benteng pertahanan pasukan itu bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M), musim hadapan.

Heubach sebelum ini pernah bersama beberapa pasukan di Eropah termasuk Borussia Monchengladbach II, Frankfurt, Kaiserslautern kelab Israel, Maccabi Netanya dari 2017 hingga 2020.



Kata Heubach, risikan daripada skuad Selangor yang diketuai oleh Pengarah Teknikal, Michael Feichtenbeiner sukar ditolak terutama apabila mengetahui pasukan ini memiliki peminat yang ramai

“Saya tidak pernah sampai ke Asia sebelum ini dan ingin mencari cabaran baharu di sini sebelum bersara di Jerman.





“Semasa berbincang dengan Michael mengenai Selangor, saya sangat teruja dan menonton banyak video berkaitan pasukan Gergasi Merah di YouTube dan perlawanan siaran langsung, timbul keyakinan untuk mewakili mereka.

“Saya juga telah menemui Karsten Neitzel (ketua jurulatih) di Jerman pada bulan Oktober dan saya tidak sabar untuk bekerjasama dengannya buat pertama kali,” katanya.





The Red Giants sebelum ini berjaya mendapatkan khidmat khidmat penyerang, Shahrel Fikri Md. Fauzi dari Perak.

Selangor sebeulum ini turut mengesahkan dua pemain import, Ifedayo Olusegun dan Safuwan Baharudin dikekalkan manakala khidmat tonggak veteran, Sandro da Silva mungkin digunakan untuk pasukan feeder, Selangor 2 musim depan. – Utusan

Advertisement



Continue Reading

Selangor

Selangor pecat Sathianathan

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Pengendali Selangor, B Sathianathan sah tidak lagi bersama pasukan itu untuk baki Liga Malaysia (Liga M) musim ini.





Ini selepas bekas pengendali skuad kebangsaan itu dipecat oleh Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dipercayai susulan kekalahan besar 6-1 ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT), Sabtu lalu.

“Ya, saya bukan meletak jawatan tetapi saya dipecat.





“Keputusan dibuat selepas pertemuan dengan pengurusan tertinggi Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), pagi tadi,” katanya.

Sementara itu, FAS memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan satu kenyataan membabitkan perkara ini dijangka petang nanti. Berita Harian



Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY