Connect with us

Liga Super

Resipi ‘bola sepak rojak’ UiTM FC

Published

on

SHAH ALAM: Jika Liga Super dianggap seperti peperiksaan yang perlu diharungi semua pasukan, UiTM FC mungkin selayaknya mendapat Anugerah Dekan.

Berdasarkan bajet yang disifatkan paling rendah antara semua 12 pasukan iaitu sekitar RM4 juta, skuad The Lion Troops itu mencipta kejutan musim ini sebagai pendatang baharu selepas berjaya menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan terbaik setakat ini.

Ketika ada yang menganggap mereka bakal menjadi pasukan belasahan, namun anak buah Frank Bernhardt itu membuktikan sebaliknya selepas menghimpun empat kemenangan termasuk menundukkan pasukan gergasi, Pahang 1-0, Terengganu FC (2-1) dan mengikat Kedah 1-1 serta Selangor (3-3).



Apa yang membanggakan, mereka juga berjaya mengesahkan tempat ke Liga Super musim depan apabila keputusan seri yang diperoleh ketika menentang Selangor, Sabtu lalu menyaksikan mereka sudah terselamat daripada penyingkiran.

Bernhardt menjelaskan dia menerapkan ‘bola sepak rojak’ ke dalam pasukannya di mana dia menggunakan pelbagai ‘resipi’ yang diperoleh dari pelbagai negara sebelum ini bagi membentuk pasukan yang mantap dan mampu memberi saingan.

“Sudah tentu ada sedikit elemen yang diambil dari tanah air saya iaitu Jerman tetapi saya juga ada input dan idea dari pelbagai negara di mana saya pernah bekerja sebelum ini. Mengendalikan kelab adalah berbeza dengan mengendalikan pasukan bawah 23 tahun (B-23) Malaysia sebelum ini.

Advertisement

“Di sini ia lebih mudah kerana saya boleh bekerja hari-hari dan lebih banyak input boleh diberikan. Saya boleh membangunkan lebih banyak pemain untuk membawa mereka ke tahap yang lebih tinggi.

“Tiada apa apa rahsia tetapi kami memiliki pasukan dan barisan kejurulatihan yang dapat bekerja dengan sangat baik selain kami memanfaatkan apa yang diperlukan dengan kepakaran yang ada di sini,” katanya yang sebelum ini bekerja di Jerman, Estonia dan Azerbaijan.





Sementara itu, penyerang UiTM FC, Muhammad Rafie Mat Yaacob mengakui sesi latihan yang dikendalikan Bernhardt sentiasa membuatkan pemain ‘putus nafas’ namun ia memberi impak positif yang membolehkan mereka kekal memberi saingan sepanjang 90 minit beraksi.

“Memang latihan di bawah Bernhardt agak berat di mana kadang-kadang kita bermula latihan awal pada jam 3 petang. Banyak latihan berintensiti tinggi yang dilakukan dan walaupun penat, pemain perlu menghadapinya.

“Tetapi dengan cara inilah kami berjaya memberikan persembahan yang bertenaga setiap kali beraksi. Apa yang dibawa ke UiTM FC oleh Bernhardt memang membantu dengan corak latihan Jerman selain ada sesi latihan yang agak berbeza.

“Contohnya pada awal musim lalu, latihan mengikut minggu di mana ada seminggu kami melakukan latihan kecergasan sahaja dan minggu seterusnya untuk menguatkan badan di gimnasium,” katanya.




Advertisement

Keputusan UiTM musim ini
UiTM 0 Melaka 2
JDT 2 UiTM 1
UiTM 1 Kedah 1
UiTM 3 PDRM 1
FELDA United 0 UiTM 1
UiTM 1 Pahang 0
Perak 1 UiTM 0
UiTM 2 TFC 1
Selangor 3 UiTM 3

Anggaran perbelanjaan pasukan Liga Super 2020
JDT (sekitar RM35 juta)
Selangor (sekitar RM20 juta)
Kedah (sekitar RM20 juta)
Melaka (sekitar RM15 juta)
Perak (sekitar RM15 juta)
Terengganu (sekitar RM15 juta)
Sabah (sekitar RM15 juta)
Pahang (RM12juta)
PJ City (sekitar RM10 juta)
FELDA United (sekitar RM6 juta)
PDRM (sekitar RM5 juta)
UiTM FC (sekitar RM4 juta)



Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

FAM

FAM sedang perhalusi penggunaan VAR

Published

on

By

Kuala Lumpur: Penggunaan video bantuan pengadil (VAR) sememangnya sedang diperhalusi untuk digunakan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Menurut Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk S Sivasundaram, badan induk bola sepak tempatan itu sentiasa bersedia untuk meningkatkan kualiti dan mutu liga tempatan khususnya dengan penggunaan VAR.



Katanya, FAM sedang mengkaji secara terperinci berkenaan VAR yang menelan belanja cukup tinggi sekitar RM18 juta ke RM20 juta.

Malah ujarnya, masalah pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika ini turut memberi kesan selain capaian internet yang laju di setiap venue perlu disediakan.

“VAR ini, memang kita buat kajian dan difahamkan kita perlukan RM18 juta ke RM20 juta untuk menggunakan teknologi ini.





“Oleh itu, kita nak tengok dari segi kemampuan kewangan kita pula sekarang masalah Covid-19 di negara kita.

“Selain itu, kita juga nak tengok keadaan internet di stadium-stadium yang akan menggunakan teknologi VAR. Semua itu masih dalam kajian kita,” katanya.





Kelmarin, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui sudah tiba masanya untuk saingan Liga M menggunakan VAR selepas prestasi buruk yang dipamerkan pengadil tempatan sepanjang musim ini.
Advertisement

Malah, dua negara jiran tetangga iaitu Thailand dan Indonesia dilaporkan sudah menggunakan sistem VAR dalam saingan liga masing-masing bagi mengelak sebarang keputusan kontroversi daripada pengadil perlawanan.



Continue Reading

Liga Super

Lim Teong Kim Calon Ketua Jurulatih Sri Pahang

Published

on

By

Bekas pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Lim Teong Kim berada dalam senarai calon ketua jurulatih Sri Pahang bagi menghadapi saingan musim hadapan.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawa The Star, T.Avineshwaran dimana selain Teong Kim, dua lagi jurulatih dilaporkan turut berada dalam senarai iaitu Christophe Gamel dan jurulatih ketika ini, Dollah Salleh.





Lim Teong Kim sebelum ini pernah mengendalikan skuad B-16 tahun negara yang rata-rata dibarisi oleh graduan dari Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dalam temasya AFC B-16 Tahun yang dijalankan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 2018 lalu.

Namun pasukan negara gagal menampilkan prestasi terbaik dimana anak-anak buah Teong Kim menamatkan saingan kumpulan A di tangga tercorot dengan perolehan 3 mata, hasil kemenangan ke atas Tajikistan serta tewas kepada Thailand dan Jepun.





Bagi Christophe Gamel pula, pada awal musim ini beliau merupakan penolong ketua jurulatih kepada Thomas Dooley namun keduanya direhatkan setelah Sri Pahang menampilkan prestasi yang kurang memberangsangkan pada dua aksi pertama Liga Super.

Gamel dan Dooley kemudiannya diberikan tanggungjawab baharu sebagai penasihat pasukan dan ketua jurulatih skuad bawah 21 tahun sementara Dollah Salleh mengambil alih tugas menguruskan pasukan utama.





Musim ini, di bawah bimbingan Dollah, Sri Pahang menamatkan saingan Liga Super di tangga ke-10, dibezakan dua mata dengan Perak yang menamatkan saingan di tangga ke-11 sekaligus tersingkir ke Liga Premier musim hadapan.
Advertisement

Dalam saingan Piala Malaysia pula, Sri Pahang berada di tangga ketiga dalam kumpulan A sekaligus terlepas peluang untuk mara ke pusingan kalah mati.



Continue Reading

Liga Super

Pampasan Akhyar: JDT sudah bayar, Kedah pulangkan

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menyifatkan kenyataan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa kelab itu tidak membayar pampasan terhadap perpindahan Akhyar Rashid sebagai tuduhan tidak berasas.

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards menjelaskan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sudah memutuskan bahawa yuran pembangunan pemain sebanyak RM75,000 perlu dibayar oleh mana-mana kelab yang menandatangani Akhyar selepas pemain itu menamatkan kontrak bersama Kedah.



Malah, beliau berkata, JDT bersetuju untuk membayar lebih dan mengeluarkan sekeping cek kepada Kedah sebanyak RM100,000 pada 31 Disember 2018.

“Cek ini bagaimanapun dipulangkan oleh Kedah kerana mereka mahu membuat rayuan berkenaan perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

“Mahkamah Timbang Tara kemudiannya membuat keputusan bahawa yuran pembangunan itu tidak diperlukan dan membatalkan keputusan yang dibuat oleh FAM.

“Tidak ada keputusan selanjutnya atau tuntutan yang dilakukan Kedah terhadap JDT. Niat kami adalah jelas dan kami ingin menasihati Presiden Kedah FA yang juga Menteri Besar supaya tidak membuat tuduhan tidak berasas.”





Semalam, Sanusi mendakwa JDT tidak menjelaskan pampasan yang sepatutnya dibayar KFA berhubung perpindahan kontroversi pemain itu ke kelab berkenaan sebelum ini.
Advertisement

“Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memutuskan bahawa mereka (JDT) perlu membayar kepada Kedah, tetapi mereka masih belum menjelaskan bayaran itu, bagi saya ini aneh memandangkan mereka mendakwa sebagai kelab kaya.





“Dia ajak saya turun ke sana untuk selesaikan isu ini tetapi saya enggan, saya tidak buat apa-apa silap jadi kenapa perlu ke sana. Kami mungkin miskin, tetapi kami tetap berbangga dan jangan sesekali memandang rendah pasukan miskin,” kata Sanusi.

Muhammad Sanusi berkata, beliau membuat pemerhatian berdasarkan prestasi buruk pemain terbabit ketika perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia menentang Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Darul Aman.

“Saya melihatnya bermain dalam perlawanan baru-baru ini, dia tidak dapat menjaringkan gol walaupun sudah berada di dalam kotak penalti.

“Saya kasihan dengan budak itu, dia seorang pemain yang berkaliber ketika bermain untuk Kedah, tetapi selepas menyertai pasukan lain yang menawarkan tawaran lumayan kepadanya, dia tidak dapat bermain secara kompetitif, jadi akhirnya dia menghidap ‘kepengkaran’,”



Advertisement
Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY