Connect with us

Harimau Malaya

Usah perlekeh semboyan negara

Published

on

Kuala Lumpur: Panggilan skuad kebangsaan perlu dihormati oleh semua pihak apatah lagi ia membabitkan imej negara.

Jelas bekas pemain Harimau Malaya, Datuk Jamal Nasir, tidak timbul isu halangan daripada pasukan Liga Malaysia (Liga M) sekiranya agenda nasional diletakkan sebagai keutamaan.


Mengakui setiap pasukan Liga M adalah majikan yang membayar gaji pemain dan berhak ke atas mereka, namun semua pasukan juga perlu memahami bahawa mereka adalah ahli gabungan di bawah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Justeru, beliau berharap semua pihak memberi kerjasama sepenuhnya dalam usaha memastikan kehadiran skuad Harimau Malaya di Piala AFF pada April nanti bukan sekadar pasukan tempelan.

“Tak ada isu pun kalau semua pasukan meletakkan kepentingan negara mengatasi segala-galanya.

Advertisement

“Kalau Liga M berjalan dan dalam masa sama skuad negara ada tugasan, kelab-kelab boleh gunakan pemain yang jarang beraksi untuk menggalas cabaran dalam liga domestik.




“Lepaskanlah pemain utama ke kem negara kerana panggilan pasukan kebangsaan adalah satu pengiktirafan buat pemain negara. Tak kisah apa-apa kejohanan kita kena bagi kerjasama,” katanya ketika dihubungi semalam.

Semalam, dilaporkan pengendali negara, Tan Cheng Hoe kini dalam dilema dan serba salah seperti peribahasa ‘Ditelan mati emak, diluah mati bapa’.




Ia ekoran saingan Piala AFF tahun depan yang akan berlangsung pada April di mana kejohanan serantau itu tidak berada dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) sekali gus memungkinkan kesukaran untuk mengumpulkan skuad terbaik kelak.

Cheng Hoe yang dihubungi kelmarin, mengakui beliau terpaksa memikirkan dan mencari formula terbaik bagi mengatasi masalah berkenaan yang mungkin memberi kesan kepada kekuatan skuad Harimau Malaya di Piala AFF nanti.

Advertisement

Katanya, satu siri perbincangan bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan diadakan bagi mencari penyelesaian buat memuaskan hati semua pihak. – HMetro



Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Harimau Malaya

Harimau Malaya hanya ada dua hari untuk serasi

Published

on

By

Kuala Lumpur: Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengharapkan pemain yang berpangkalan di luar negara dapat melakukan ‘kerja rumah’ sendiri dalam usaha memastikan prestasi masing-masing berada pada tahap optimum.



Ini kerana pemain seperti Luqman Hakim Shamsudin (KV Kortrijk), Dion Cools (Midtjylland FC) Junior Eldstal (Chonburi FC) dan pertahanan Police Tero, Dominic Tan hanya akan bersama pasukan dua hari sebelum sepak mula kejohanan Piala AFF di Singapura, 5 Disember ini.

Cheng Hoe berkata, pemain berkenaan tiada lagi masa untuk ‘bermesra’ atau mencari keserasian sebaik bersama skuad Harimau Malaya di Singapura berikutan ketika itu barisan kejurulatihan lebih menumpukan kepada perancangan taktikal dalam menghadapi lawan.





Katanya, pemain terbabit sentiasa dipantau oleh barisan kejurulatihan dengan memastikan mereka tidak mengalami sebarang kecederaan atau penurunan prestasi. “Kita mengetahui jadual mereka dan barisan kejurulatihan sentiasa memantau latihan dan perlawanan mereka supaya sentiasa berada tahap terbaik. Saya mengharapkan mereka boleh fokus pada pasukan apabila berkumpul di Singapura kelak kerana ada tempoh dua hari saja untuk persediaan sekali gus mungkin beri tumpuan pada taktikal saja.

“Setakat ini, kita yakin dengan kemampuan pasukan dan mengharapkan keputusan terbaik dapat dicipta pada kejohanan itu,” katanya pada sesi pertama kem latihan pusat Fasa 2 skuad Harimau Malaya di Kompleks Sukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di sini, semalam.





Seramai 15 daripada 28 pemain disenaraikan sudah melapor diri, namun penyerang Petaling Jaya City FC, Darren Lok terpaksa digugurkan daripada skuad ke Singapura susulan kecederaan otot perut yang dialami semasa sesi latihan Fasa 1 bermula Isnin lalu.

Skuad kendalian Cheng Hoe menanti tujuh pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan dua pemain Kuala Lumpur City FC yang terbabit dengan aksi final Piala Malaysia, sebelum 24 pemain dipilih membawa cabaran di Singapura.

Advertisement

Kejuaraan Piala AFF 2020 dijadual berlangsung dari 5 Disember hingga 1 Januari depan dengan Malaysia selaku naib juara edisi 2018, diundi dalam Kumpulan B bersama-sama penyandang juara Vietnam, Indonesia, Kemboja dan Laos.

Malaysia yang menyasarkan mara ke pentas final buat kali kedua berturut-turut, akan memulakan kempen kejuaraan berdepan Kemboja, diikuti Laos (9 Disember), Vietnam (12 Disember) dan Indonesia pada 19 Disember dalam usaha muncul dua pasukan terbaik untuk layak ke separuh akhir.



Continue Reading

Harimau Malaya

Cheng Hoe percaya penyerang dipilihnya mampu galas tugas

Published

on

By

PETALING JAYA: Pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe percaya barisan penyerang yang disenaraikannya mampu menggalas tanggungjawab merobek gawang lawan pada saingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020 awal bulan depan.

Jurulatih berusia 53 tahun itu yang kehilangan khidmat Darren Lok berikutan kecederaan otot perut baru-baru ini, yakin penggempur seperti Guilherme de Paula, Syafiq Ahmad, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi dan Luqman Hakim Shamsudin, mampu meledak jaringan buat pasukan Malaysia.



“Ketiadaan Darren sedikit sebanyak mengganggu bahagian serangan, tetapi kita ada beberapa pemain lain yang berada di posisi tersebut. Kita perlu merancang yang terbaik untuk atasi pasukan lain,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan pasukan di Kompleks Sukan PKNS di sini, semalam.

Ditanya sama ada beliau berhasrat untuk memanggil pemain lain yang tidak berada dalam senarai 28 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan kebangsaan kali ini, berdasarkan aksi separuh akhir Piala Malaysia, Cheng Hoe berkata senarai itu kekal.

“Kita lihat pemain-pemain yang beraksi di suku akhir, separuh akhir atau akhir (esok) pun, mampu memberi sesuatu kepada pasukan. Cuma saya mengharapkan dan menekankan bahawa para pemain bebas dari segi kecederaan dan keletihan,” katanya.




Cheng Hoe turut mengesahkan pertahanan kiri, Muhammad Arif Fadzilah Abu Bakar yang tidak dapat melapor diri kelmarin berikutan masalah kesihatan, sudah melaporkan diri semalam manakala baki tujuh pemain Johor Darul Ta’zim dan dua tonggak Kuala Lumpur (KL) City FC, akan hadir selepas final Piala Malaysia, yang dijadual malam ini.

Advertisement

Katanya, barisan kejurulatihan juga pada setiap masa, terus memantau latihan dan prestasi perlawanan pemain yang sedang beraksi di luar negara seperti Luqman Hakim (Belgium) dan Dominic Tan (Thailand).





“Harap mereka dah boleh fokus apabila kita berkumpul di Singapura nanti. Mungkin ada satu atau dua hari sahaja persiapan apabila sampai di situ nanti, kita akan pendekkan tempoh latihan dan beri tumpuan kepada taktikal sahaja,” katanya.

Malaysia yang juga juara edisi 2010, akan memulakan kempen Kumpulan B menentang Kemboja pada 6 Disember, diikuti Laos (9 Disember), Vietnam (12 Disember) dan Indonesia (19 Disember) dalam misi mencapai sasaran mara ke akhir buat kali kedua berturut-turut.- BERNAMA



Continue Reading

Harimau Malaya

Skuad Harimau Malaya

Published

on

By

PETALING JAYA: Pemain tengah berpengalaman, Baddrol Bakhtiar menganggap skuad kebangsaan yang akan bersaing pada Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020 dibarisi pemain terbaik dalam kancah Liga Malaysia (Liga M).

Tonggak pemain Kedah Darul Aman FC itu berkata setiap pemain yang mendapat panggilan untuk menyarung jersi pasukan negara adalah pemain yang berjaya mempamerkan prestasi cemerlang.



“Saya melihat panggilan kali ini, senarai pemain yang dipanggil memang persaingannya begitu sengit. Bagi saya untuk berada dalam senarai akhir atau skuad utama pun akan berlaku saingan sengit.

“Bagi saya skuad kali ini adalah skuad terbaik dan sesiapa yang dipanggil ke skuad kebangsaan merupakan pemain terbaik di Liga M ketika ini,” katanya pada sesi latihan pertama Kem Fasa 2 skuad Harimau Malaya di Kompleks Sukan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), di sini, semalam.

Pada masa sama, Baddrol berazam membantu skuad bimbingan Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe mencipta kejayaan di Singapura jika terpilih dengan beliau teruja untuk menambah koleksi gol bersama skuad Harimau Malaya di peringkat antarabangsa.





“Sasaran saya adalah menjaringkan gol dan bagi sebaik mungkin kepada pasukan. Tetapi yang penting sekali kami perlu menang satu-satu perlawanan dan layak ke separuh akhir. Insya-Allah kalau rezeki ada pada Malaysia tak mustahil kita ke final,” kata pemain berusia 33 tahun itu.
Advertisement

Pandangan sama dilontarkan penyerang Selangor FC Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi yang optimis dengan keupayaan rakan sepasukan meskipun sesetengah pihak berpendapat Cheng Hoe tidak menyenaraikan pemain terbaik negara dalam pasukannya kali ini.




“Setakat beberapa hari yang lepas, saya yakin dan percaya pemain yang jurulatih panggil kali ini semuanya sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk hadapi cabaran Piala AFF,” katanya yang lebih mesra dengan panggilan Eky dalam kalangan rakan sepasukan.

Kejuaraan Piala AFF 2020 dijadual berlangsung dari 5 Disember hingga 1 Januari tahun depan di Singapura dengan Malaysia selaku naib juara edisi 2018, diundi dalam Kumpulan B bersama-sama penyandang juara Vietnam, Indonesia, Kemboja dan Laos.

Malaysia yang menyasarkan mara ke pentas final buat kali kedua berturut-turut, akan memulakan kempen kejuaraan berdepan Kemboja pada 6 Disember diikuti Laos (9 Disember), Vietnam (12 Disember) dan Indonesia pada 19 Disember dalam usaha muncul dua pasukan terbaik untuk layak ke separuh akhir.- BERNAMA



Advertisement
Continue Reading

hi

Most Popular

Copyright © 2017-2018 ArenaBolaSepak.MY