[VIDEO] Man United, Liverpool kena belasah

Manchester: Dua kelab berpengaruh di Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United dan Liverpool mengalami nasib yang sama apabila dibelasah lawan masing-masing pada aksi awal pagi tadi.



Tottenham menggunakan kesempatan layangan kad merah ke atas Anthony Martial pada separuh masa pertama untuk membelasah United, 6-1 tatkala Jose Mourinho menikmati hari penuh indah ketika kembali semula ke Old Trafford.

Son Heung Min dan Harry Kane kedua-duanya meledak dua gol selepas benteng United dilihat sangat kucar-kacir sebelum Martial dikenakan hukuman lagi akibat mengasari Erik Lamela





Selang beberapa jam kemudian, Liverpool pula menerima padah apabila permulaan cemerlang 100 peratus mereka di EPL musim ini dicacatkan dengan ledakan hatrik Ollie Watkins untuk membantu Aston Villa membelasah penyandang juara liga itu 7-2.





Percubaan yang membias oleh John McGinn, Ross Barkley dan Jack Grealish membuatkan anak buah Jurgen Klopp tidak dapat melupakan mimpi ngeri itu sebelum Grealish melengkapkan jaringan ketujuh.