[VIDEO] Portimonense SC perkenalkan Safawi

KUALA LUMPUR: Pemain sayap skuad Harimau Malaya, Safawi Rasid diperkenalkan secara rasmi bersama kelab Portugal, Portimonense SC menerusi satu video sebentar tadi.



Menerusi video berdurasi 1 minit 20 saat itu, bekas bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu dilihat berada dalam bilik persalinan kelab Portugal itu.

Turut dipaparkan jersi utama kelab berwarna hitam putih yang akan dipakai Safawi bernombor 29 sebelum pemain itu yang berpakaian lengkap berjalan di terowong menuju ke padang stadium.





Pemain itu juga menunjukkan kemahiran mengawal bola di padang utama kelab baharunya itu selain dipaparkan juga beberapa kemudahan di kelab termasuk gimnasium.

Safawi sebelum ini mengesahkan dia berhijrah ke Portimonense SC secara pinjaman selama semusim.




Bagaimanapun dia mahu menggunakan tempoh pinjaman itu sebaik mungkin bagi membuktikan dirinya layak untuk beraksi di benua Eropah.