Ronaldo positif COVID-19

LISBON: Bintang Portugal dan Juventus Cristiano Ronaldo dikatakan “sihat dan berjemur” selepas didapati positif COVID-19 yang menyaksikan dia terlepas perlawanan Liga Negara-Negara bersama Portugal minggu ini.



Ronaldo tidak menunjukkan gejala dan tidak akan disenaraikan untuk pertemuan dengan Sweden awal pagi nanti, kata Persekutuan Bolasepak Portugal.

Pemenang lima kali Ballon d’Or itu beraksi ketika Portugal seri tanpa jaringan bertemu Perancis di Paris Ahad lalu.





Bagaimanapun menurut persekutuan berkenaan, selain Ronaldo, skuad Portugal semuanya negatif, begitu juga dengan skuad Perancis.

“Kami mengikuti semua langkah pencegahan… tetapi ia masih terjadi. Kami melakukan ujian setiap hari,” kata pengendali Portugal Fernando Santos.





Pertahanan Juventus Giorgio Chiellini berkata dia ada menghubungi Ronaldo.

“Dia baik-baik saja dan sedang berjemur, dia akan kembali apabila bersedia,” kata Chiellini. – AFP